Heh!!! Ada jugak la yang pening dengan "Pesta Buih" yang dianjurkan oleh puak - puak PKR ni rupanya ye. Mungkin dia ni dah terlebih minum air sabun gamaknya.
Tu pasal la dia pun jadi pening tak tentu arah bila bercerita pasal pertandingan yang melibat suami isteri bagi satu jawatan tertinggi dalam parti.
Sampai tahap nak suruh dia buat pendirian sendiri pun dia tak termampu. Dah, macam mana dia nak bertanding jawatan Naib Presiden tu?
Kata dia, tindakan Si Ketua Penipu tu menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR hanya menyukarkan anggota untuk membuat pilihan bagi menentukan peneraju parti tu.
"Saya agak ada tempoh untuk bertenang sehingga 10 April, saya fikir ada pertimbangan-pertimbangan tersendiri mereka dalam hal itu. Saya yakin sebelum 10 April ini hal itu akan dapat diselesaikan," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
"Saya kira dalam hal ini keduanya punyai kekuatan, Datuk Seri Anwar sekian lama menjadi Ketua Umum PKR manakala Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak penubuhan parti menjadi presiden kepada PKR.
"Jadi kedua itu mempunyai kekuatan, saya agak dalam hal ini yang mungkin akan ditentukan bukanlah sangat soal kelebihan-kelebihan yang ada tapi faktor-faktor yang saya fikir dipertimbangkan termasuklah dari segi persoalan Datuk Seri Anwar menangani kes mahkamah yang beliau hadapi membabitkan Mahkamah Rayuan dan juga (Mahkamah) Persekutuan," katanya.
Huh! Ini bukan masalah diorang ada kekuatan tersendiri atau tidak. Tapi yang menjadikan persoalannya ialah kenapa mesti 'Suami dan Isteri' yang bertanding jawatan tu?
PKR dah tak de orang lain ke yang layak untuk mengisi tempat bagi jawatan tertinggi parti tu sampai tahap kena 'Suami' jugak bertanding menentang 'Isteri'?
Diakui bahawa Si Suami tu nak pegang jawatan tinggi dan Si Isteri tu sebagai 'Pelan B' untuk mengalas agenda perjuangan parti sekiranya Si Suami bakal disumbat dalam penjara kelak.
Soalnya, kenapa tak diberi orang lain bertanding? Orang lain yang ada dalam PKR tu tak layak ke nak jadi peneraju parti tu selain dari Si Suami dan Si Isteri tu?
Bila orang kata PKR ni parti anak beranak, marah. Tapi itu jugak yang diorang paparkan kepada rakyat. Itu jugak yang dihidangkan kepada anggota. Jadi, bila orang pertikaikan soal tu, jangan la diorang nak meroyan tak tentu arah pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.