Ahad, April 20, 2014


Memang satu langkah yang cukup "Bijak" dan "Bernas" sekiranya itu yang nak dilakukan pada ketika keadaan kritikal seperti hari ini. Adakah ianya satu tindakan yang bijak?

Atau adakah ianya hanya akan membunuh diri semata - mata? Itu terpulang la kepada mereka yang ada kuasa untuk buat ketetapan tersebut.

Persoalan utama yang nak dibangkitkan disini ialah tujuan Si Awang Selamat tu dedahkan spekulasi yang tak perlu dalam ruangan pojoknya hari ini.

Atas sebab apa dia nak mencipta persepsi yang tak perlu itu hanya semata - mata untuk mewujudkan tanda tanya dikalangan rakyat diseluruh Malaysia?

Herankan. Baru dua tiga hari lepas, Timbalan Perdana Menteri pesan kepada pengamal media, jangan bersikap apologetik dan perlu bertanggungjawab dalam tulisan mereka.

Jadi, kenapa Si Awang Selamat tu nak ambik satu isu yang tak selamat untuk didedahkan dalam ruangan pojokannya? Sekadar nak cipta persepsi untuk tujuan apa?

Kalau yang tulis tu diantara blogger - blogger 'Jembalang' bak kata sesetengah pemimpin tahan lagi. Kita boleh terima sebab kebanyakkan blogger ni tulis tak berlandaskan etika.

Tapi lain pulak dengan seorang kolumnis ternama seperti Si Awang Selamat tu. Dia ada nama dan artikel dia turut disiarkan dalam akhbar arus perdana.

Maka, dia seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan berita mengenai sesuatu isu. Bukan hanya keluarkan spekulasi yang tak perlu.

Jika benar Si Awang Selamat tu yakin bahawa beberapa orang Menteri Besar bakal ditukarkan dalam masa terdekat, kenapa dia tak dedahkan terus nama - nama mereka?

Kalau dia sendiri tak yakin dengan cerita yang dia terima dan dia dengar, tak payah la dia nak buat atau nak tulis cerita tu. Banyak lagi cerita lain yang dia boleh tulis.

Inilah masalahnya dengan sesetengah pihak ni. Nak berkata benar pun diorang takut sebab dah banyak kali disaman kerana menabur cerita yang bukan - bukan.

Sedar atau pun tidak, artikel yang disiarkan oleh Awang Selamat tu hanya menambahkan huru hara dalam Negara dan memburukkan lagi keadaan Barisan Nasional. Bukannya nak menambah baik, nak menjahanamkan lagi ada la!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Somebody essentially help to make critically articles I
    might state. That is the very first time I frequented your web
    page and to this point? I surprised with the analysis you made
    to create this actual post extraordinary. Magnificent job!


    my blog: dragon city hack tool v5.7

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping