Ahad, April 20, 2014


Seorang pelakon iklan susu bernama Wardina Safiya telah memuatnaik video ceramah Ustaz Don Daniyal yang telah diedit ke akaun facebooknya dan membuat komen bahawa ustaz Don Daniyal tidak membuat rujukan sebelum membuat ceramah

1) Ustaz Don Daniyal menyampaikan satu kisah yang didengarnya daripada Dr. Zulkifli Al-Bakri. - Point di sini ialah perawi yang meriwayatkan kepada Ustaz Don ialah Dr. Zulkifli Al-Bakri.

2) Puak-puak Wahhabi Silapi yang sahaja nak menjatuhkan Ustaz Don telah membuat satu video propaganda dan menyebarkan di dalam internet. Yang paling kecoh apabila tersebar dalam facebook seorang pelakon iklan susu.

Ada tiga point di sini. 

- Pertama, Oleh kerana terlalu ghairah nak pejatuh orang, puak-puak ni terlupa tentang perawi yang meriwayatkan kisah tersebut kepada Ustaz Don, iaitu Dr. Zulkifli Al-Bakri.

- Kedua, Inilah akhlak sebenar pendokong fahaman Wahabi yg suka menjatuh dan mengaibkan orang yang tak sehaluan dengan mereka. 

- Ketiga, usaha membuat dan menyebarkan video propaganda sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi orang awam terutama yang kaki berguru dgn syeikh al-google dan ustaz al-facebook. Lihat kesannya pada kronologi no 3.

3) Muncul seorang artis iklan susu Anmum dan duta tudung yang terpedaya atau terkeliru dgn video yang  telah diedit tersebut membuat kenyataan gempak seluruh Malaysia.

4) Tampil Dr. Maza bagaikan hero Malaya mempertahankan heroinnya seperti menangguk ikan di air yang sudah keruh. Tak ketahuan hala dari mana datangnya. 

- Kunun nak membela artis tersebut, tapi terlebih kuah dari sudu. Meludah ke atas angin tanpa menyedari ludahnya itu akhirnya jatuh tepat ke atas mukanya.

Daripada kronologi di atas, apa yang nak disampaikan ialah perselisihan ini awal dan akhir dengan dua org tokoh. Awalnya ialah Dr. Zulkifli Al-Bakri dan akhirnya ialah Dr. Maza.

Dr. Maza telah menulis isu ini dan tidak sedikit yang tumpang sekaki  serta bertindak untuk menyebarkannya dalam laman media sosial.

Dr. Zulkifli Al-Bakri juga telah menulis isu ini, dan ada yang memilih untuk menyebarkan tulisannya. Kalau anda pun sepakat dengan kami, jom pakat baca tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri tentang isu ini. - Seterusnya...
Categories:

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah... TKasih pada Boss SH untuk pencerahan dan link dalam isu ini. TKasih sekali lagi...

    EVLee

    BalasPadam
  2. Sorry to say to yg tak sehaluan, pd aku Ust Zul ni tergolong dlm golongan "arrosikhunafililmi" yg disebut dlm ayat 7 Surah Ali Imran, pd aku nak kata murshid pun OK. Dan pendapat MAZA dlm isu Kalimah Allah mmg merosakkan aqidah.

    BalasPadam
  3. JAKIM telah membincangkan isu Wahhabiyyah atau nama lainnya seperti Ittiba’ al-Sunnah, Kaum Muda atau Salafiyyah sebanyak 9 kali di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari tahun 1985 hingga 2003 dan kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

    Di Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor (rujukan (90) dlm mufti sel 500-1 Jld 3) telah mengeluarkan fatwa seperti berikut:
    1. Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i’tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan mahklukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i’tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i’tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:
    a. Allah bermuka dan bertangan
    b. Allah duduk bersila di atas arasy
    c. Allah berada di langit
    d. Allah bertubuh serupa nur.

    I’tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i’tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I’tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.
    Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana hakikatnya mereka bertawassul itu beri’tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya (al-Maidah 35).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak faham.

      Apa kaitan penjelasan tuan dengan isu antara ustaz Don dan Wardina?

      Padam
  4. Ulamak masyhur zaman silam sudah menyatakan betapa bahayanya wahabi , Ulamak di Malaysia , Indonesia dan singapura sudah lama menyampaikan kepada kita ..

    Syeikh Abdullah fahim , Hamka, dan beberapa Ulamak lain telah menulis buku mengenainya !
    hanya kita yang daif ilmu dizaman ini kebanyakan tidak menyedarinya, ada yang antara YA dan TIDAK , ada yang binggung keliru ..

    ingat, Syiah dan wahabi itu sesat menyesatkan , tak payah fikir renung dalam2, syiah dan wahabi itu rosak dan merosakan!

    BalasPadam
  5. Syeikh Salim Muhammad Salim, Ketua Lajnah Fatwa di Jami' al-Azhar, ketika mengikuti Kursus Fatwa di Masyiyakhah al-Azhar : Penulis bertanyakan beliau tentang Ibn Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab. Menurut beliau, pada hakikatnya Ibn Taimiyyah tidak pernah menyeru supaya meninggalkan apa yang dibawa oleh para ulama sebelumnya. Manakala Muhammad bin Abdul Wahab pula berdakwah kepada umat Islam pada zamannya supaya tidak menyembah kubur malah menyeru supaya mereka kembali kepada kesucian Islam. Beliau juga tidak pernah menyeru supaya umat Islam meninggalkan pandangan mazhab malah tidak pernah memusuhi imam-imam mazhab yang empat. Bagi kedua-duanya, mazhab mereka ialah dalil-dalil yang sampai kepada mereka melalui ijtihad mereka sendiri. Dakwah mereka dikenali sebagai ‘da’wah Wahhabiyyah’ atau ‘da’wah islahiyyah’. Pada zaman ini dakwah mereka berhadapan dengan musuh yang ramai terutamanya di kalangan golongan sufiyyah.

    BalasPadam
  6. Buat penat membaca.......artikel sampah syok sendiri

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping