Itu ketetapan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah berikutan tuntutan fasakh yang difailkan oleh Si Nurul Izzah ni. Sama ada dia bakal jadi Janda atau tidak, tunggu je la nanti.
Apa - apa keputusannya, semua akan ditentukan oleh pihak mahkamah. Jangan pulak nanti ada yang meroyan tak tentu arah dan kata ada wujud 'Campur Tangan Eksekutif' sudah la!!! Yang buat tuntutan bukan orang lain, tapi Si Nurul Izzah tu sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Status perkahwinan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan diketahui pada 12 Jun ini selepas jawatankuasa pendamai membuat laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.
Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.
Ab Malek menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika kes itu disebut hari ini, dihadiri Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong mewakili Raja Ahmad Shahrir.
Ketika ditemui pemberita, Zulkifli berkata mahkamah juga memerintahkan Nurul Izzah dan suaminya mengemukakan senarai nama dan calon jawatankuasa pendamai itu pada 17 April ini.
Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. I
Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihampiri pihak media enggan mengulas lanjut kes perceraiannya dan sambil tersenyum, berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi kami."
Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.