Rabu, April 02, 2014


Itu satu persoalan yang memang sudah menjadi kemestian untuk diajukan bila kita baca semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Berahim sebelum ini.

Persoalan itu membolehkan kita untuk melihat sejauh mana keseriusan puak - puak PAS ni dalam nak melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.

Pak Berahim dalam kenyataannya semalam menjelaskan bahawa usul Hudud sudah pasti akan ditolak dalam sidang Parlimen jika ianya dibentangkan oleh PAS kelak.

Belum bentang, Pak Berahim dah boleh buat kesimpulan bahawa ianya sudah pasti akan ditolak. Bermakna Pak berahim sendiri tak yakin dalam perjuangan PAS. (KLIK SINI)

Dalam kenyataan yang sama, Pak Berahim juga turut akui bahawa draf perlaksanaan Hudud ni masih lagi SEDANG dilaksanakan pada ketika ini. Maknanya belum siap?

Malah kata Pak Berahim, dana untuk perlaksanaan hukum tersebut juga sudah pun disediakan. Siapa yang sediakan, tak de pulak dia nak cerita dan dedahkan kepada rakyat.

Soalnya, dah berapa lama PAS bercerita bab perlaksaan Hukum Hudud ni? Rasanya bukan baru semalam diorang bangkitkan isu tu dalam arena Politik Malaysia. Berkurun dah.

Tapi kenapa sampai hari ini, draf berkaitan dengan undang - undang itu masih lagi belum dapat disediakan dan ianya masih lagi SEDANG dilaksanakan?

Yang herannya, Pak Berahim sendiri kata draf tersebut pernah dibentangkan oleh Nik Aziz sebelum ini biarpun umum mengetahui bahawa Nik Aziz tak pernah jadi Ahli Parlimen.

Nah!!! Sekarang Pak Berahim perlu jelaskan, ke mana perginya draf yang hendak dibentangkan oleh Nik Aziz tu? Semuanya diorang dah masukkan dalam bakul sampah ke?

Kenapa diorang tak nak gunakan draf yang telah dibuat oleh Mantan Menteri Besar Kelantan tu sebelum ini? Atau adakah draf tu sendiri pun diorang tak pernah buat?

Dah berapa kali dah orang ulang cabaran supaya PAS dedahkan draf perlembagaan berkaitan dengan hukum tersebut. Tapi sampai hari ini mereka masih banyak beralasan.

Inilah masalahnya dengan puak - puak PAS ni. Bila bercakap, nak tunjuk yang diorang je selalunya betul. Bagi diorang, hanya diorang je yang nak berjuang untuk Islam.

Tapi bila dimintak tunjuk sejauh mana istiqomah diorang, mula la bagi alasan yang bukan - bukan. Kalau setakat nak bermain Politik, cari la benda lain. Jangan sampai diorang sanggup memperalatkan agama demi kepentingan diri diorang sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. HUDUD NI UNTUK TUJUAN POLITIK JER....

    SEBENARNYA BUKAN TAK SIAP LAGI DRAF HUDUD TU. PAS TAKUT NGAN DAP DAN PKR. CER USULKAN DRAF HUDUD TU KAT PARLIMEN...LIHAT SAPE SOKONG SAPE TAK SOKONG...

    JANGANLAH DOK MEROYAN PAK BRAHIM OIII....

    BalasPadam
  2. rakyat islam dok tunggu pas bentangkan hudut diparlimen untuk diguna pakai dinegara ini. dalam hal ini pas jangan pula main sembunyi2 draf undang2 hudud yang di buat sejak sekian lama. bentangkan untuk umat islam Negara ini .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping