Khamis, April 24, 2014


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 19 April 2014 menyiarkan artikel mengenai rancangan kerajaan Pas Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Artikel bertajuk ‘Tak mencuri tak merompak, kenapa takut hukum hudud?’ yang ditulis oleh Pegawai Institut Kewartawanan Taima, Chang Long Yan disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C8.

Pada 2012, Ketua Pemuda DAP ketika itu, Loke Siew Fook pada majlis makan malam bagi memungut derma di Pahang pernah berkata, jika tidak mencuri dan merompak, kenapa perlu takut hukum hudud?

Kenyataan itu hanyalah satu putar-belit kerana hukum hudud bukan sahaja melibatkan hukuman terhadap pencuri dan perompak malah melibatkan banyak kesalahan lain.

Tindakan Siew Fook yang memutarbelitkan fakta mengenai hukum hudud menyebabkan pengikutnya benar-benar percaya bahawa undang-undang Islam yang akan diperkenalkan di Kelantan itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka yang mengikut peraturan.

Sebab itu, penyokong DAP telah menyokong pakatan pembangkang yang turut disertai Pas kerana merasakan gabungan tiga parti itu adalah pembela kepada kebenaran.

Pengundi juga menganggap Pas adalah sebuah parti yang menentang rasuah, salah guna kuasa dan menyokong keadilan untuk rakyat serta menghormati kebebasan beraga6ma.

Yang paling pelik adalah apabila Pas membentangkan dasar negara berkebajikan, penyokong pembangkang terbabit benar-benar percaya Pas telah berubah.

Melihat Pas mahu ‘ubah’ orang Cina pun memberanikan diri untuk mengubah pendirian mereka untuk turut menyokong parti itu. 

Mereka lupa bahawa Pas dan DAP mempunyai dasar dan fahaman yang tidak sama dan berbeza sama sekali. 

Seorang mahukan negara sekular manakala seorang lagi mahukan negara yang berteraskan kepada agama.

Sesebuah parti memang boleh bekerjasama dengan parti lain tetapi apabila sesuatu perkara itu menyentuh mengenai dasar perjuangan parti, masing-masing sudah tentu tidak boleh berkompromi, dan amat susah untuk memberi laluan kepada pihak lain.

Ini bermakna Pas tetap mahukan negara Islam dan hasrat itu jelas terbukti apabila Pas membentangkan rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Parlimen.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau parlimen perkenankan HUKUM hudud D KL ia secara otomatik boleh dipraktik di penang dan selangor walaupon dap pkr tak setuju. Katakan cina selangor alamat subang jaya pergi kelantan colek awek kelantan lari selangor, pas selangor wajib potong cina ni jadi muslim, kalau tidak anak yang dilahirkan anak luar nikah, betul tak semut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping