Memandangkan sekarang ni orang tengah hangat bercerita pasal pemilihan PKR, jadi ada baiknya kita senaraikan semua penipuan yang telah mereka lakukan.
Kalau sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu, diorang buat tuduhan terhadap pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dengan menyebarkan dakwaan seperti berikut:
1. Menipu senarai pengundi yang layak untuk mengundi dan tidak membersihkan senarai tersebut.
2. Mengimport pengundi luar dikawasan tertentu bagi tujuan untuk memenangkan calon yang berkenaan.
3. Menipu kertas undi dan tong undi serta digantikan dengan tong yang penuh dengan kertas undi yang telah ditanda.
4. Menghalang sesetengah pengundi yang layak untuk mengundi bagi tujuan menghalang kemenangan pihak lawan.
5. Mewujudkan kejadian 'Blackout' di Pusat Pengiraan Undi untuk memastikan calon yang sepatutnya kalah menang dalam pemilihan.
6. Menghalang kebebasan pihak media untuk membuat liputan disepanjang pemilihan dijalankan.
7. Membenarkan sesetengah pihak menabur fitnah terhadap calon tertentu tanpa sebarang tindakan yang tegas.
8. Mewujudkan suasana yang tidak aman ditempat - tempat pembuangan undi sewaktu pengundian dijalankan.
9. Menuduh pihak - pihak tertentu tidak menjalankan tugas serta melaksanakan pemilihan secara ADIL dan BERSIH.
Itu diantara beberapa tuduhan yang dibuat oleh mereka terhadap SPR. Kalau dalam pemilihan PKR pulak macam mana? "BERSIH" sangat ke? Jawapannya, sama seperti diatas.
Hakikatnya, benda yang sama tu jugak diorang ulang. Tu pun diantara yang dapat kita senaraikan. Kalau nak dikira, banyak lagi penyelewengan yang telah dilakukan.
Tu pun belum kira bab menghalang calon berkenaan untuk bertanding bagi merebut jawatan tertentu. Bab itu, SPR pun tak buat beb. Hanya puak - puak PKR ni je yang buat.
Realitinya, apa yang diorang tuduh selama hari ini diorang sendiri yang buat. Jenis manusia cakap tak serupa bikin memang macam tu la perangainya. Ini bukan jenis manusia HIPOKRIT je. Ini jenis manusia yang MUNAFIK!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.