Ahad, April 27, 2014


Haduhai!!! Kalau sebelum ini, yang selalu keluarkan fatwa biasanya dari kalangan Majlis Fatwa Kebangsaan je. Tapi dikalangan PAS, ada jugak yang pandai keluarkan fatwa.

Kebiasaannya fatwa seperti dibawah ni akan dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS. Mungkin dia sendiri pun dah tak de masa kot nak buat fatwa macam ni.

Maka sebab itulah puak - puak PAS tu pun senyap je. Tapi, bagus la jugak. Setidak - tidaknya, lepas ni kita boleh tengok pulak apa reaksi dari pemimpin PAS tu mengenai fatwa dibawah. Jangan diorang meroyan pulak sudah la!!!
CYBERJAYA - Kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara Pas dengan parti komponen PR tidak sah apabila DAP secara terang-terangan menolak agenda Islam yang dibawa oleh parti itu.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa syarat tahaluf siyasi dalam syariat Islam ialah orang bukan Islam mestilah menerima agenda Islam.

"Dalam konteks itu (Pas perlu keluar dari PR) sudah haram Pas kalau terus bersama dengan DAP.

"Kalau sudah cabar dan tolak supaya Pas keluar dari PR, bagi saya dari segi syariat sudah tidak sah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Wanita Islam (Konwanis) 2014 di Universiti Multimedia Cyberjaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook semalam yang menegaskan Pas perlu berundur dari PR jika parti itu terus bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Anthony dalam kenyataan medianya semalam mendakwa tindakan pemimpin kerajaan negeri Kelantan mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud ke Dewan Rakyat telah mencabuli permuafakatan PR apabila ia dilakukan tanpa mencapai kata sepakat atau konsensus dalam Majlis Presiden PR.


Tegasnya, jika Pas bertegas membuat sebrang keputusan dan tindakan yang tidak melalui konsensus itu, Parti itu sewajarnya berundur dari PR.

3 ulasan:

  1. Melayu kembali bersatu!! Hancurkan agenda DAP selaku wakil kaum kaum cina yang RACIST!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. DARI DULU LAGI ORANG DAH CAKAP. TAKNAK DENGAR. LAIN KALI JGN SENANG SENANG KAFIRKAN UMNO. ALLAH SWT SENTIASA MEMERHATIKAN UMATNYA.

      Padam
  2. Dap kasi wang rasuah la sama pas kelantan jangan hudud hudud. Hudud kalau sampai selangor peneng nanti melayu sangat eksen lo, nanti aa gua mahu bisnis susah laa,sikit sikit haram sikit sikit haram. Tolong la dap .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping