Isnin, April 14, 2014


Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 18 Mei sebagai pengurusan kes permohonan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed menetapkan tarikh berkenaan berikutan permohonan Abdul Hadi untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu.

Mohd Shamsul dan Abdul Hadi tidak hadir di mahkamah hari ini dan masing-masing diwakili peguam A. Vasudevan dan Asmuni Awi.

Permohonan pada hari ini untuk mengenepikan perintah mahkamah tetapi tarikh 18 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan di hadapan hakim, kata Vasudevan ketika ditemui pemberita.

Pada 23 Februari lepas Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. 
Categories: , ,

6 ulasan:

  1. Padan Muka Kau Hadi Awang... Memang Kaki Fitnah..

    Bila Mampos Nanti baru kau tahu...Azabnyer Kaki Fitnnah nie..

    BalasPadam
  2. Fitnah dia kafirkan berjuta umat Islam lg besar.

    BalasPadam
  3. Masa umur 21 th..sy suka juga pas ni..tp bila mereka mula mencaci dan mengkafir sesama islam. Sy fikir x logik parti pas ni...mungkin parti murtad

    BalasPadam
  4. Anon 9.31. Kembalilah ke pangkal jalan. Tak ade faedahnya bersama barisan yang kerja menipu dan memfitnah.

    Belajarlah agama dari ahlinya. Jangan dengar ustaz amano yang lebih menjaga periuk nasi mereka. Baru fahami apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi.

    Bukan calang2 orang boleh dilantik presiden. Perwatakannya lembut. Ia tak berebut jawatan dalam Pakatan. Ia mudah dirapati oleh orang biasa.

    Tapi keras dalam menegakkan Islam. Keras dalam menentang kezaliman. Keras dalam menegakkan yang hak.

    Bukan keras mencari salah atau menangkap orang. Zaman dia perintah Terengganu mana ada orang kena buang kerja tanpa sebab.

    Kalaulah pemimpin Islam lemah lembut. Orang tak respect. Lihatlah pemimpin barisan yang lembut dalam kes rasuah, penipuan ic..... dan segala macam kesalahan jenayah di negara ini. Yang ikan bilis ditangkap. Yang jerung terlepas. Arak dan judi nampak macam haram, tapi orang Islam boleh plak terlibat dalam share. Orang bukan Islam pun confius dan tak hormat lagi. RASUAH POLITIK tidak termasuk kes jenayah tapi kes dalaman parti. Banyak lagi masalah..

    ISLAM BUKAN BERKENAAN SEMBAHYANG saja.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian juga pencacai pas ni. Depa ingat semua yg berserban tu ahli agama.

      Padam
  5. Kami org melayu mengalu alukan gabungan umno dan pas...
    Bersatulah demi melayu dan bumiputra.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping