Kalau orang kata dia BONGOK, nanti Macai - Macai marah. Tapi sejak bila pulak dia ni cerdik ye tak. Dah dalam kepala tu penuh dengan sampah, maka sampah je la yang adanya.
Memang patut sangat la orang kata Si Khalid ni bukannya pandai sangat pun. Kalau dalam bab kira - kira ni, ramai lagi yang jauh lebih bijak dari dia. Betul la kata Bekas MP Kapar ni:
"Bukan Khalid sahaja pandai, dalam PKR ada yang lebih bagus dan pandai. Kira-kira pun lebih bagus. Walaupun ada yang kata Khalid pandai kira-kira, tapi Azmin dan lain-lain pun pandai kira," kata Bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.
Realitinya, Si Khalid ni la manusia pertama dalam Malaysia yang buat kerja bangang macam ni. Biar pun dia ada Punai-Sihat Ekor-No-Money Negeri, tapi itu pun tak dapat membantu.
Malah dalam dunia ni tak de manusia yang buat kerja Bengong macam dia ni. Nak pulak bila dia seorang pemimpin utama dalam sesebuah pentadbiran Negeri.
Mana tidaknya. Sebelum ini dia umum kenaikkan gaji semua ADUN termasuk Exco dan diri dia sendiri sebanyak 300 peratus. Kenaikkan tu mendapat bantahan terang - terangan.
Bila ada bantahan, maka Si Khalid tu mula la menggelabah tak tentu arah. Sampai la dia umum kata nak potong kenaikkan gaji tu dan dimasukkan dalam Tabung Agenda Negeri.
Persoalannya, kalau dia dah tau nak potong gaji tu, apa kejadahnya dia bantai naikkan gaji tu sebelum ini? Kan nampak sangat Bongok punya kerja. Buat malu je jadi MB.
Naikkan gaji sampai 300 peratus, lepas tu potong. Gaji yang dah naik tu berbalik - balik pada gaji asal. Kalau itu bukan tindakan yang BONGOK, kita nak kata apa lagi?
Waima dia nak masukkan potongan gaji tu dalam tabung apa sekali pun, dia boleh buat tanpa perlu nak menaikkan gaji ADUN sebanyak 300 peratus tu.
Dia ada kuasa. Dia Menteri Besar. Dia boleh umum je untuk mewujudkan tabung tersebut. Tak kira la atas agenda apa sekali pun. Tak payah la dia nak memalukan diri sendiri!!!!
Kot ye pun nak menghalalkan cara untuk merompak duit rakyat, jangan la sampai tahap nak tunjuk keBODOHan diri dia secara terang - terangan. Si Khalid tu perlu sedar, rakyat memang dah tau yang dia tu BONGOK tak ingat dunia!!! Jadi tak payah la dia nak tunjuk!!!
Assalammualaikum wmt,
BalasPadamKisah serabut dan lintang pukang dalam pentadbiran bila puak pembangkang yg berkuasa, bukan perkara baru. Dah jadi perkara biasa.
Di Kelantan Pas buat kelam kabut hingga negeri itu tercatat sebagai negeri paling mundur.
Akhirnya, MB Pas lebih 20 tahun tu pun sedar diri dan minta maaf kpd rakyat Kelantan dgn nada merayu dan linangan air mata.
DAP di Penang pun kelam kabut juga. Melayu di sana dibuat macam sampah dan secara tersirat Melayu mahu dinyahkan dari bumi Penang. Walhal Penang itu dalah sebuah negeri milik Kedah yg hingga kini masih membayar pajakan.
Di Selangor, tak payah cerita lerrr. Orang Selangor sendiri dah dedahkan macam-macam hal. Semuanya menyusahkan rakyat.
Bagaimanapun, kalaulah diadakan piliohanraya kecil di negeri-negeri berkenaan, rakyat tetap akan pilih mereka jadi peneraju kepimpinan negeri.
Nak buat macam mana?
Bising-bising pun tak guna?
Terima sajer lerrr musibah hidup gara-gara pilihan majoriti.
Memang gaji potong. Epf tidak. Masuk jugak tu
BalasPadam