Disebalik kontroversi yang tiba - tiba melanda pendakwah bebas, Ustaz Don Danial Biyajid dengan Wardina baru - baru ni, ada pulak yang nak membela Si Wardina tu.
Mereka dilihat memberikan hujah mempertahankan tindakan yang dibuat oleh Wardina dan disiarkan dalam laman portal Merosakkini baru - baru ini.
Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ), berhujah dengan menyatakan bahawa tindakan Si Wardina tidak sesekali biadab atau radikal.
“Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam,” kata Ketua Pemuda IQ Abu Hafiz Salleh Hudin.
Persoalannya bukan masalah tak boleh tanya. Tapi pertanyaan tu sepatutnya dilakukan terhadap orang yang sebar video tu terlebih dahulu.
Apa tujuannya penyebar video yang telah diedit tu hanya sekadar mengambil sekerat - sekerat dari keseluruhan ceramah - ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Don?
Sewajarnya, Abu Hafiz sendiri tahu bahawa ianya adalah lebih merbahaya sekiranya orang ambik penjelasan separuh - separuh ni dalam amalan Islam.
Namun dalam kenyataannya, Abu Hafiz berkata, kecaman terhadap Wardina sebenarnya “cubaan yang amat berbahaya, bersangka buruk, memalukan dan tidak akademik.
“Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah',” katanya.
Nak kata akademik macam mana kalau Si Wardina tu lebih percaya kepada apa yang disebarkan dalam laman media sosial yang terang - terang cuba memburukkan Ustaz Don?
Seharusnya, sesuatu ilmu agama ni jika hendak diterima perlu kita lihat dari konteks yang lebih menyeluruh. Bukan sekadar ambik separuh - separuh.
Sama jugak kita belajar kitab Al-Qur'an. Baca ayat sahaja tanpa kita faham maksud tafsirannya tak guna. Nak faham maksud tafsir, kita perlu berguru.
Kalau kita ambik bulat - bulat ayat Al-Qur'an tu tanpa merujuk kepada tafsiran yang betul dari guru yang Mursyid, maka mudah sangat la kita buat anggapan yang salah.
Itulah yang berlaku kepada puak - puak PAS bila mereka menegaskan bahawa Hudud tu hanya untuk orang Islam sedangkan pemahamannya Islam itu adil untuk semua.
Jadi sebab itulah orang mempertikaikan perlaksanaan Hukum Hudud yang nak dilaksanakan oleh PAS jika jenayahnya melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Bab itu pun sampai hari ni PAS tak mampu nak jelaskan!!!
Samapai sekarang Ustaz Don masih belum jawab pertanyaan Wardina,malah menyalahkan teknik edit.Saya sokong Wardina.
BalasPadamAku berharap Wardina mengeluarkan pendapat dan mengkririk secara ikhlas, bukannya dipengaruhi oleh sumber video yang sudah diedit yang sengaja dilakukan untuk menjadi sumber fitnah. Jika ini berlaku adalah sangat malang bagi Wardina kerana telah bertindak menggunakan sumber yang salah, menjadi pembaca skrip tanpa sedar.
BalasPadamMenjadi duta produk, artis promosi iklan produk yang berlebihan juga tindakan mengaburi konsumer dan tidak ikhlas. Contoh dengan meminum sesuatu jenama susu dapat menghubungkan sel-sel otak yang putus dalam kepala anak-anak memberikan mesej anak pemakan susu tersebut lebih bijak dari anak anak lain, sedangkan kebenarannya susu ibu adalah yang terbaik.
Jika Wardina percaya dirinya ikhlas, banyak lagi dia perlu perbetulkan tentang persepsinya terhadap orang lain.
Dia kan Australian (perasan lagi maju).. dan Acheh (Perasan lagi Islamik).. org Melayu Malaysia ni apa kelas..
BalasPadamitu la.., lain kali berguru dengan ustaz bukan dengan internet., baru setahun jagung bertudung., bukan tiket untuk memperlekeh para ilmuan., yang belajar mmencari ilmu dari kecil.,
BalasPadamLaki dia tak ajar ker beradab sikit. Kalau dah dipengaruhi pas sesat ini laa jadinya... sesat tapi tak sedar sesat mcm syiah...
BalasPadamustz don dh jwb,,terang dn jelas, sapa yg blum baca tolong bca bg paham
BalasPadamwardina ...km nk ingatkn ko ya..dok diam diam jgn byk sgt songeh tu..tumpu ja kat bidang iklan ,hiburan dsb..promosi la ank2 ko tu ..biar depa pulak rosak mcm ko
KESIAN DIA
BalasPadamKEsian dia
BalasPadam