Ahad, April 20, 2014


Kempen bagi pemilihan PKR semakin ‘panas’ selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Risalah bertajuk ‘Layakkah Azmin?’ dipercayai diedar pihak tertentu ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0 malam semalam, di sini.

Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu.

Pengarah Himpunan Reformasi 2.0 Perak, Annuar Zakaria berkata, beliau menyedari pengedaran risalah itu selepas mengetahuinya daripada petugas program pada malam semalam.

Menurutnya, risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu

“Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah pimpinan kita. Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga cubaan untuk memburuk-burukkan imej Majlis Pimpinan PKR Perak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Himpunan Reformasi 2.0, di Wisma PKR Negeri, di sini, semalam.

Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu.

PS: Heh! Pelikkan. Bila risalah berkaitan dengan Si Azmin tu didapati tersebar, ada pulak yang nak laporkan kepada pihak media.

Tapi kenapa masa risalah yang berkaitan dengan Si Khalid tu sebelum ni tak de pun sesiapa yang nak buat laporan sedemikian? (Klik Sini)

Nampak tak wayang diorang ni? Nampak tak cara diorang ni cuba nak Menipu rakyat? Inilah sifat sebenar puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Sesama diorang sendiri pun sanggup ditikam dari belakang!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. My brother recommended I might like this blog.
    He was entirely right. This post actually made my day.

    You can not imagine simply how much time I had spent for this info!
    Thanks!

    Feel free to visit my blog post ... the sims freeplay cheats

    BalasPadam
  2. Depa ikut Ketua Umum depalah, Raja tikam belakang!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping