Ahad, April 13, 2014


Bukan la untuk Ostad McDee tu je nasihat ni sebenarnya. Tapi untuk semua yang ada kat luar sana. Bila bercakap tu, biar la kena pada tempatnya. Jangan ikut sedap hati je.

Jangan hari ni cakap suruh semua orang boikot McD lepas tu dia pulak boleh kantoi makan McD anak beranak. Suruh orang lain zuhud, tapi dia sendiri naik kereta mewah apa cerita?

Tapi asalkan tak jadi macam ada sorang lagi Ostad tu sudah la. Bagi nasihat 'Kauseling Perkahwinan' pun sampai pukul 3 pagi kat dalam bilik hotel dengan isteri orang apa kejadahnya!!! Jangan la sampai tahap memalukan diri sendiri!!!
PETALING JAYA: Juara Pencetus Ummah (PU) Muhammad Hafiz menasihati golongan ustaz selebriti atau pakar motivasi agar perlu lebih berhati-hati ketika bercakap menyentuh soal agama Islam.

Muhammad Hafiz atau lebih mesra disapa Hafiz, 33, berkata, mereka perlu mengkaji dahulu sama ada sesuatu perkara atau kisah tauladan berkaitan seseorang nabi itu bena-benar terdapat dalam Al-Quran ataupun  tidak.

"Bukan senang untuk bercakap soal agama, bagi golongan pakar motivasi ada segelintir yang pandai bercakap tentang agama perlu kaji dahulu apa yang mereka ingin perkatakan.

"Jika mereka buat kesilapan atau menyebarkan perkara yang tidak sahih akibatnya ramai yang mendengar akan mempercayai dan menyebarkan kepada orang lain pula, itu sudah berdosa," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Hafiz turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan dakwah yang disampaikan oleh ustaz selebriti.

Menurutnya, Islam sendiri melarang umatnya terlalu taksub dengan individu tanpa sebab-sebab tertentu.

"Kita perlu ingat semua perkara ada batasan dan tidak boleh berlebih-lebih, tidak kira siapa yang kita minati atau ikuti semuanya perlu berpada-pada,


"Jangan sampai apabila kita suka sehingga yang tidak betul kita terima dan pejam mata," katanya.

2 ulasan:

  1. Kalau uztad sesat, sesat laa mereka selamanya contohnya syiah, sesat sampai kiamat...

    BalasPadam
  2. Ust / ustzh cakap kena ikut kitab, jgn ikut sedap, sbb ramai yg akan pegang kata katanya.
    Selalu jugak aku dgr ust / ustzh kuliah / ceramah yg bawak cerita cerita yg diragui kesahihannya, sesetghnya berunsur Israeliyyat. Ust / ustzh kena tapis sikit la. Cerita cerita gini boleh menimbulkan fitnah, hingga sesetgh org beranggapan dlm Islam ni ada cerita cerita karut pulak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping