Huh!!! Memang nampak sangat la yang pemilihan PKR ni lagi teruk dari mana - mana pemilihan parti lain dalam Malaysia ni. Waima pemilihan UMNO pun tak seteruk ini.
Sekurang - kurangnya dalam pemilihan UMNO, tak de sampai tahap nak keluarkan ugutan dan bertindak mengancam seseorang secara terang - terangan.
Kalau dulu, pemilihan PKR ni diselubungi insiden baling - baling kerusi dan bergaduh ditempat pembuangan undi. Kali ini lain pulak caranya.
Kali ini diorang bogel - membogelkan antara satu sama lain pulak. Semuanya atas kepentingan diri sendiri. Bukannya diorang bertanding atas dasar perjuangan parti. Jauh sekali kalau diorang bertanding demi kepentingan rakyat!!!
Antarapos - Beberapa hari lalu, Manikavasagam yang juga dikenali sebagai Mike mendedahkan dua rakaman panggilan telefon berupa ugutan oleh pegawai pejabat Menteri Besar yang mahu memecatnya sebagai penyelaras DUN Bukit Melawati, ekoran keengganannya menarik diri daripada bertanding mencabar Khalid.
Panggilan yang dibuat ke pejabat Mike itu dilakukan oleh Setiausaha Sulit kepada Khalid, Haji Mustapha Mohd Talib dan juga pegawainya, Lim Lai Seng.
Panggilan yang disambut oleh pekerja Mike itu antara inti pati kandungannya, selain mahu memecat Mike, turut mengugut untuk melakukan perkara yang sama terhadap kesemua pekerja Mike di pusat khidmat masyarakat kawasan berkenaan.
Memetik perbualan antara Mustapha dan pekerja Mike yang dikenali sebagai Faridah, lelaki itu turut mendedahkan bahawa dirinya mampu melakukan apa saja bagi memastikan Khalid 'tidak diganggu'.
Mustapha selain itu memberitahu segala perancangan dan keputusan yang bakal dibuat oleh Khalid perlu melalui beliau terlebih dahulu dengan memberi contoh isu perlantikan semula 40 Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih tertangguh sehingga kini.
Selain dua panggilan telefon yang berjaya dirakam itu, Mike turut menamakan seorang lagi individu yang dikenali sebagai Thanarasu iaitu penyandang Timbalan Ketua Cabang kawasan berkenaan untuk diambil tindakan ekoran turut terlibat menghantar sistem pesanan ringkas (sms) berupa ugutan kepada beberapa pekerjanya.
TPPA satu penjajahan bentuk baru.Mahukah kita dijajah lagi..tidak malaysia negara bebas merdeka..Aku rela mati demi pertahankan bumi tanah tumpah darahku..Malaysia bukan milik umno.
BalasPadamOrang bengong x tahu ekonomi. Minyak naik salah umno. Hujan turun setiap hari di selangorpun salah umno. Al juburi kena penjara pun salah umno. Depa sekarangni dah hilang akal. Depa lupa segalagalanya dari Allah. kalau nasi dah masuk mulut pun belum tahu dapat di telan. Kalau dak telan oun belum tentu boleh kenyang. Semuanya dengan rahmat Allah. Depa tak tahu 5i
BalasPadamTambah lagi..Dah kenyang pun tak confirm boleh berak
BalasPadam