Ahad, April 06, 2014


Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka kekal dalam senarai calon bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada hari Pemilihan PKR 2014, bulan depan.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tiga calon lain mungkin bakal menarik diri daripada bertanding.

Menurutnya, penyandang jawatan itu Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilihat mendapat sokongan kuat berbanding calon lain.

“Azmin Ali, Abdul Khalid, Datuk Saifuddin nampak mendapat sokongan kuat daripada ahlinya. Yang lain tak nampak sokongan kuat.Kemungkinan di saat akhir nanti tiga calon yang lain itu akan menarik diri,” katanya.

Ketika dibangkitkan soal pertembungan enam penjuru bagi merebut jawatan kedua tertinggi parti itu, beliau melihat suasana itu sebagai suatu perkembangan yang sihat selain mempunyai makna tersirat.

“Memang bagus apabila ramai yang bertanding, lambang demokrasi tapi pada masa yang sama ada juga yang mengambil peluang.

“Kalau calon yang tak terkenal itu, mungkin ini platform mereka untuk memperkenalkan diri dan menonjolkan diri ke peringkat lebih tinggi.

Tapi saya lihat ramai calon yang mempunyai peluang dari kelompok masing-masing dan mereka ada niat tersendiri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai peluang Azmin dalam pemilihan kali ini, beliau yakin Azmin masih berpengaruh untuk kekal menyandang jawatan itu.

“Saya tak nampak dia akan kalah tapi kalau dia kalah pun, dia tetap ada tempat. Dia masih muda. Anwar akan tetap beri dia peranan dalam parti.

“Azmin sudah layak sebenarnya menjadi presiden tetapi perlu mendapat restu dari Anwar. Setakat ini kita lihat Anwar masih menaruh harapan kepada Azizah utk mewakili dia,” katanya.

Tambahnya, apabila Datin Seri Wan Azizah kekal sebagai Presiden, peluang untuk orang lain memegang jawatan agak sukar.

"Orang pilih Azizah sebab dia isteri Anwar. Jadi, kalau ada yang menentang Azizah, itu akan dianggap tidak molek. Melainkan Anwar atau Azizah menarik diri lainlah. Pasti akan sengit perebutan jawatan Presiden itu," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping