Ahad, April 06, 2014


Mungkin artikel kali ini agak bosan bagi sesetengah pihak. Tapi memandangkan hari ni hari cuti dikebanyakkan Negeri di Malaysia, luangkan la masa sekejap untuk baca.

Dewasa ini, kita lihat ramai anak - anak muda berbicara soal Politik. Tapi hakikatnya, adakah mereka faham definasi Politik itu sendiri secara menyeluruh?

Jika kita lihat dalam Wikipedia, maksud POLITIK ni menjurus kepada "Proses dan cara membuat keputusan untuk sesebuah kumpulan" dan ia biasa dirujuk kepada Kerajaan.

Tapi adakah itu maksud sebenar yang dikatakan sebagai Politik itu sendiri? Jika Politik hanya menjurus kepada maksud diatas, rasanya ia masih belum mencukupi.

Sewaktu di sekolah menengah, kita diajar mengenai tiga perkara asas didalam kehidupan manusia yang melibatkan Politik, Ekonomi dan Sosial.

Tiga perkara ini mempunyai kaitan dan saling bergantungan diantara satu sama lain bagi membentuk sebuah masyarakat. Tanpa POLITIK, EKONOMI tak berkembang.

Tanpa EKONOMI, SOSIAL manusia tu tetap akan JUMUD dan tertutup. Dan tingkah laku sosial akan mempengaruhi sistem Politik sesebuah kawasan atau pun Negara.

Makanya, adakah dengan definasi POLITIK yang terkandung dalam Wikipedia itu sudah pun mencukupi untuk kita faham maksud sebenar Politik itu secara menyeluruh?

Jika Politik itu hanya sekadar proses untuk membuat keputusan bagi sesebuah kumpulan, ianya tidak mencapai hasrat untuk menjadi sebahagian dari asas kehidupan manusia.

Realitinya, Politik ini melibatkan kehidupan manusia. Maka sebab itu pemahaman serta penerimaan terhadap Politik ini cukup penting bagi kita untuk memahaminya.

Nak pulak bila kita nak berbicara soal Politik. Pemahaman Politik ini bukan setakat boleh diperolehi di kedai - kedai kopi dan berbicara mengenai orang itu ini tak tentu arah.

Kebanyakkan isu yang dibincangkan oleh anak - anak muda pada hari ini tidak mencapai maksud Politik yang sebenar dan lebih menyeluruh. 

Sebaliknya mereka hanya berbicara mengenai soal 'Perlaksanaan Politik' atau sekadar bercakap mengenai 'Organisasi Politik' yang kita kenali sebagai 'Parti Politik'.

Kalau pun isi kandungan perbicaraan mereka hanya menjurus kepada Organisasi Politik, itu hanya melibatkan 'Pentadbiran Politik'. Tapi masih tak menyentuh maksud Politik tu sendiri.

Kesimpulannya, kita patut lebih faham mengenai Politik ni secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum kita nak berbicara mengenainya. Jadi tak de la kita nak bercerita pasal orang itu ini tanpa hala tuju yang tertentu dan gelarkannya sebagai POLITIK!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Politik yg kbnykn org sekrg paham adalah bgmn nak berkuasa dan mengekalkan kuasa, dgn ape care sekali pun, tu aje. Termasuklah yg jadik ahli politik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping