Isnin, Mei 05, 2014


Heh!!! Dengar - dengar cerita katanya Si Ahli Parlimen Temerloh tu kena serang semalam. Yang datang serang dia bukan sorang berdua. Tapi mencecah hampir 500 orang.

Pergh!!! Ramai betul orang yang tak puas hati dengan Ahli Parlimen Temerloh ni rupanya. Nampak sangat la yang dia ni tak buat kerja. Setakat duduk goyang kaki je gamaknya.

Kalau sebelum ini, puak - puak dia jugak yang berjanji nak mendidik serta memberi pemahaman kepada orang bukan Islam supaya dapat menerima Islam seadanya. 

Tapi sampai hari ni, tak de pun tanda - tanda orang bukan Islam tu dapat terima Islam. Jauh sekali kalau diorang nak terima perlaksanaan Hukum Islam.

Persoalannya, apa yang dah Si Ahli Parlimen Temerloh tu buat? Kenapa dia tak bagi tarbiyah kepada orang - orang bukan Islam ni mengenai perlaksanaan Hukum Islam?

Kalau setakat pandai tabur janji tapi tak buat apa - apa, tak guna la dia jadi wakil rakyat. Kata nak menegakkan Islam sangat. Tapi bila nak menunaikan janji, jangan pulak dia nak salahkan orang lain!!! Siapa suruh berjanji kalau dah tau dia tak mampu buat!!!
TEMERLOH 4 Mei - Sebanyak 500 anggota masyarakat Cina daerah ini menyertai demonstrasi aman bagi menolak pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan yang dijadual dibentang di Parlimen tidak lama lagi.

Demonstrasi itu bermula kira-kira pukul 11.15 pagi apabila para peserta yang membawa sepanduk bertulis Say No to Pas Hudud ber­arak ke Pusat Komuniti Parlimen Temerloh sambil melaungkan ‘Tolak Hudud Pas’.

Bagaimanapun para peserta yang tiba di Pusat Komuniti Parlimen Temerloh 20 minit kemudian gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan kerana pejabat berkenaan ditutup.

Thin Watt berkata, lebih 30 persatuan Cina di daerah ini sepakat mengadakan bantahan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, masyarakat Cina di daerah ini juga tidak berpuas hati apabila Ahli Parlimen Temerloh daripada Pas itu gagal mendengar luahan hati masyarakat Cina yang menolak pelaksanaan hukum hudud parti tersebut.

“"Kita maklum bahawa kemena­ngan Nasruddin dalam pilihan raya umum lalu adalah hasil sokongan padu masyarakat Cina di daerah ini yang mahukan perubahan dan pembelaan.

“Sebab itu kita minta beliau mendengar luahan kita dan tidak menyokong pelaksanaan hukum ini di Malaysia," katanya di sini hari ini.

Katanya, perhimpunan yang kebanyakannya disertai ahli persatuan Cina itu tidak sesekali bertujuan menolak agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini sebaliknya hanya untuk menolak hukum hudud yang dibawa Pas.
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Baguslah supaya kita mudah nak kenal orang bukan Islam yg tentang hudud. Senang kita nak berunding dan beri penerangan. Mungkin ambil masa sikit kerana 50 tahun dulu tak der sapa nak terangkan.

    Yang susahnya, orang ISLAM yang tak nak hudud, konon ada hudud Pas Umno. Semua berselindung disebalik nama orang Islam. Kadang2 berparti peluk sana sini, kadang2 ber Yahana.

    Perangai macam syaitan.

    BalasPadam
  2. pas ni bodo piang..samalah mcm orang kat atas ni..dah 24 tahun bentang kat dewan negeri, tp tak buat2 jugak.. takut kat karpal..tu la lain x jgn guna agama utk menang pilihanraya saja.. sekarang dok cari alasan tak nak buat laa tuu.. jngankan cina, melayu islam pun tak faham hudud pas ni.. ingat cina nak sokong ke pas..kena tipu puak kaper doh..sampai puak2 tu berani tunjuk biadab dgn ore islam pas dan agama islam..leloh puak pas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas memang berniat jahat menjadikan hudud sebagai alat politik mereka utk dapatkan undi. Dah lama lulus dan Tuanku Sultan Kelantan dah tandatangi utk dilaksanakan di Kelantan...tetapi mereka cari alasan demi alasan utk tidak laksanakan....tabiat ini lebih dahsyat lagi dari puak khawarij...

      Padam
  3. kami orang islam di negeri selangor menyokong pas untuk membentang draff hudud di selangor.. harap adun islam menyokong pas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadangan menubuhkan JK Teknikal untuk mengkaji peleksanaan hudud adalah lebih bijaksana dari menyokong membabi buta pembentangan deraf hudud Pas yang penuh dengan kelemahan dan memalukan Islam jika dilaksanakan...

      Padam
  4. kami nak hudud Islam, bukan hudud PAS, bodo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hudud Pas adalah muslihat politik murahan...kesannya masyarakat Islam terus berpecah tetapi masyarakat china terus bersatu di bawah panji2 china Dap...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping