Rabu, Mei 21, 2014


Sebelum sesi fotografi tak mahu fikir pakaian yang dipilih sesuai atau tidak, apabila artikel dah diterbitkan baru nak ‘menyalak’ selepas lihat gambar sendiri seolah-olah macam tak cukup kain.

Artis yang bersikap semacam ini, ramai dah SS jumpa. Teruja sangat nak buat fotografi sampai sendiri tak perasan fesyen baju yang dipakai? 

Gara-gara tidak berpuas hati dengan gambarnya yang diterbitkan dalam sebuah penerbitan yang kononnya tidak menghormati diri­nya yang bakal berhijab tidak lama lagi, artis muda ini khabarnya dengan selamba ‘sound’ pe­ngarang majalah itu dengan menggunakan bahasa yang berbaur tidak puas hati. 

Adakah itu caranya bercakap dengan orang yang lebih pengalaman dan berusia daripadanya? Takkan waktu dia nak menggayakan baju itu, tiba-tiba matanya kelabu dan tak nampak jenis baju yang disarungkan ke tubuhnya. Adakah itu adab orang yang kononnya nak berubah menjadi insan yang lebih baik? 

Kalau nak lepaskan kemarahan pun, kena ada caranya. Kalau dalam hati itu dah ada niat nak bertudung dan nak jadi muslimah solehah, kawallah diri. Ja­nganlah main cakap sedap mulut. 

Sesiapa saja boleh letak kain atas kepala. Apatah lagi, khabarnya artis itu tak lama lagi nak jadi isteri orang, jadi kenalah budi bahasa itu agar sama cantik dengan wajahnya yang jelita itu.

Mujur pengarang itu tidak bahasakan dia balik kerana dia tak mahu meletakkan dirinya sama rendah dengan artis itu. 

Boleh dikatakan hampir setiap bulan wajah artis itu terpampang dalam penerbitan terbabit, diberi publisiti tak henti-henti sampai dah popular sekarang tetapi sayang sekali artis itu kini dah berada di awang-awangan. 

Dia semakin tidak lagi berpijak di bumi nyata. Kita lihat saja ‘budi bahasanya yang tinggi’ itu, sejauh mana dia akan melangkah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping