Selasa, Mei 20, 2014


Heh! Itu jawapan yang keluar dari mulut Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Bukan SH yang keluarkan kenyataan tersebut ye. Jangan silap pulak.

Kata Mahfodz Mohame, perkara sedemikian adalah tidak wajar bagi orang yang beragama Islam menolak Hudud kerana akan menyebabkan keimanan seseorang itu dipersoal.

Walaupun dia 'faham' maksud yang cuba disampaikan oleh Si Gundik Kita Siang tu, namun Mahfodz tetap bertegas agar Boneka DAPigs tu seharusnya memahami Hukum Islam tu.
"Adalah lebih adil sekiranya beliau (Dyana) menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaan (hudud). Tetapi, di dalam masa yang sama beliau perlu ingat bahawa hudud bukanlah undang-undang PAS.
"Ia merupakan undang-undang Allah. Kita sebagai seorang Islam, segala perintah dan peraturan Allah adalah mutlak. Sekiranya kita menolak, maka keimanan di dalam agama kita boleh dipersoalkan," kata Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor.
Semalam, Si Gundik Kit Siang tu kata, dia akan menolak usul berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang dicadangkan oleh PAS di Parlimen kerana tidak sesuai dilaksanakan.

Sepertimana diketahui, PAS dan DAPigs sering bertelagah pendapat berkenaan rang undang-undang Hudud yang telah dicadangkan sebelum ini.

Malah, DAPigs juga turut mendesak agar PAS meninggalkan Pakatan jika masih terus berdegil untuk melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia ni.

Selain DAPig, PKR juga membuat pendirian yang sama menolak perlaksanaan Hudud secara terang - terangan dengan menjadikan alasan 'Tidak Wujud Konsensus' berkaitannya.

Minggu lalu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan keputusan menangguhkan pembentangan Rang Undang - Undang Hudud di Dewan Rakyat. 

Tindakan itu dilihat sebagai langkah untuk bagi memberi laluan kepada jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Kelantan.

Mahfodz menegaskan Dyana boleh mewakili dirinya sebagai seorang Islam walaupun berada di dalam sebuah parti yang tidak memperjuangkan agama itu.
"DAP bukan sebuah parti Islam dan kita memahami mengapa hudud ditolak. Tetapi Dyana harus menunjukkan identitinya sebagai seorang Islam walaupun dia milik parti itu," ujarnya.
Sehubungan itu Mahfodz menggesa kepimpinan Muslimat PAS berjumpa dengan Dyana dan memberi pemahaman terperinci mengenai hudud. Jangan diorang buat - buat tak tau pulak sudah la!!! Kita tengok sejauh mana tarbiyah PAS ni mampu memberi kesan nanti!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping