Khamis, Mei 08, 2014

"Pesta Buih" PKR semakin kronik. Kalau ini SPR, dah lama diorang meroyan tak tentu arah!!! Siap baring atas jalan raya dan buat demonstrasi macam orang hilang akal!!! 
Jawatankuasa Pemilihan pusat (JPP) PKR mengarahkan 12 Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu untuk mengadakan pengundian semula pada Sabtu ini (17 Mei) selepas  ditangguh akibat kekecohan dan beberapa keputusan pemilihan di batalkan, Ahad lalu.

Pengerusinya, Johari Abdul berkata Cabang yang terlibat adalah Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun - Cabang, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit - MPP sahaja, Pengerang - MPP sahaja, Tenggara - MPP sahaja, Tenom - MPP & Cabang

Sementara Cabang Keningau pula pengundian semula Cabang dan juga MPP akan di adakan di dua lokasi pada 17 dan 18 Mei depan.

Pengundian semula di empat lagi Cabang membabitkan Bukit Katil (pengundian semula jawatan AMK dan Cabang), Tawau (pengundian semula MPP dan Cabang), Papar (pengundian semula AMK) dan Sungai Petani (pengudian semula AMK) akan di umumkan kemudian.

"JPP akan mengeluarkan notis pemilihan parti bagi kesemua Cabang-Cabang yang dinyatakan di atas dalam masa terdekat," ujar Johari menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Proses pemilihan PKR 2014 di seluruh negara kecoh dengan beberapa Cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.

Insiden di Pulau Pinang tidak hanya terhenti di situ kerana di Cabang Balik Pulau, proses pengundian bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi menimbul rasa tidak puas hati para penyokong sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.

Di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh dan tidak terkawal menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR cabang berkenaan, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat serta pemilihan dibatalkan.

Hal sama berlaku di Perak apabila Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian bagi jawatan Ketua Cabang Lumut manakala di Kedah, calon Ketua AMK Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak pengundian semula.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Suka sangat bercabang-cabang. Cabang hidup takpe juga, ni cabang mati, ranting pula - di situ di suruh penyokong babi buta bergantung, suruh jadi kelawar !

    Yang PASTI nya lidah yang bercabang. Demokrasi BERSIH konon nya. Kepada penyokong hamlau, tidak rasa tertipu dan di tipu, di manipulasi sepenuh nya ?

    Sedar lah. Kenapa memilih jalan berjurang dan berbahaya ? Tiada siapa kelak akan tolong jika berlaku kemalangan. Hanya umpama kematian yang di pilih mat rempit sahaja....

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum wmt,
    PKR telah tercatat dlm sejarah negara sebagai sebuah parti politik yg sangat 'kebal'.
    Sementara kulit muka pemimpinnya pula juga sangat 'tebal', bagakan kulit ba..
    Kenapa mereka jadi begitu?
    Jawabnya kerana apa juga salahlaku dan salah urus yg dilakukan pemimpin dan parti itu tidak menjadi halangan terhadap sokongan rakyat kps mereka.
    Mereka tak peduli. Yg penting 'gulingkan' UMNO. Itu ajer....
    Mungkin kerana parti itu kelihatan kebal, dan kulit muka pemimpinnya pula tebal, maka penyokong dan rakyat yg mengundi mereka tergolong sebagai 'bebal'.
    Bagaimanapun yg ;bebal' tu cuma kaum Melayu yg pada namanya adalah nama orang Islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping