Khamis, Mei 08, 2014


Heh! Berikut disiarkan pandangan dari seorang aktivis PAS berhubung isu perlaksanaan Hukum Hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan.

Jelas, pandangan yang diberi membuktikan bahawa dikalangan ahli PAS itu sendiri pun tak faham mengenai Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS. 

Sama ada dia yang tak faham atau PAS yang tak faham, itu kurang pasti. Apa yang jelas, kalau sesama diorang pun masih tak faham jugak, tak payah la mengada - ngada nak tunjuk pandai!!! Buang masa dan tak mendatangkan faedah lansung!!!
ABUNAWAS II - Tak perlu susah susah nak nak tanya Azhar Idrus dan tak payah nak penatkan lagi Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi nak menjawabnya kerana jawapannya sama saja dengan soalan apa hukum menolak poligami dalam islam. 

Oleh kerana soalan berdasarkan hukum yang telah di tetapkan oleh Islam maka sudah pasti menolaknya adalah berdosa dan mungkin lebih dari itu.

Tetapi bagaimana pula kalau yang hendak berpoligami itu beras pun isteri yang kena beli. Duit sekolah anak pun guna duit isteri, pukul anak pukul isteri, sewa rumah dah 3 bulan tak bayar dan yang lebih tragis lagi kote si suami yang nak berpoligami itupun lembik. 

Tiba - tiba bila minta kebenaran kepada isteri untuk berkahwin lagi dan isteri tak bagi terus dia keluar hukum bahawa menolak hukum poligami adalah kafir murtad munafik bla bla bla…

Begitu juga bila ada pihak hendak melaksanakan hukum hudud lalu terus mengeluarkan hukum siapa tak setuju dengan hukum hudud orang itu kafir munafik murtad itu ini bla bla bla. 

Berapa banyak rakyat tak makan, berapa banyak ranyat masih berhutang dengan along, berapa banyak rakyat yang tinggal di tepi jalan, berapa banyak pusat pelacuran masih berluasa, berapa banyak kedai kedai judi sama ada yang di beri lesen halal atau beroperasi secara lesen haram.

Sepatutnya pihak yang bercita cita hendak melaksanakan hukum hudud menrealisasikan terlebih dahulu idea Negara kebajikan yang mereka lontarkan sebelum ini. 

Bila ada Negara kebajikan, bila rakyat terbela dengan kerajaan yang baik, bila si gelendangan tidak lagi menyusu anak di bawah jambatan maka memang patutlah si pencuri di potong tangannya.

Usahlah burukkan lagi nama Islam dengan retorik demi retorik. Jangan sampai orang bukan islam gambarkan Islam itu seperti kotornya Kota baharu hanya kerana jenama Islam yang di berikan pada Bandaraya Kota Baharu yang kotor itu.


Jangan malu belajar dengan kerajaan cina kapir Dap Pulau Pinang kalau hendak jadikan Kota Baru sebuah Bandaraya Islam yang bersih dan berkebajikan dan jangan terkejut yang akan melaksanakan hukum hudud bukannya Pas tapi Dap kerana Dap telah bersedia ke arah itu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. analogi tak kena, poligami tak wajib. tp apa nak kata, dlm pas mmg ramai spesis ngaji tak abis.

    BalasPadam
  2. Betui betui. Banyak daj tengok camtu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping