Khamis, Mei 08, 2014


Majlis Peguam (Bar Council) perlu ditukar nama kepada 'Bra Council' sekiranya gagal memainkan peranan tegas dalam usaha memelihara integriti para peguam.

Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng berkata, Majlis Peguam perlu menjadi badan yang berkesan bagi menangani segelintir peguam yang suka melengah-lengahkan prosiding sesuatu kes.

"Apa yang mereka ingin mainkan lagi? Jika Bar Council ini sebagai lembaga yang efektif, kenapa perlu ambil masa sehingga 2 tahun hanya untuk pendengaran? 

"Kita bukan hendak mempersoalkan atau bermotifkan politik terhadap Teo Nie Ching, tetapi ini soal intergriti seorang peguam.

"Jika ada masalah intergriti, tidak layak jadi seorang peguam. Bar Council perlu ambil tindakan, bukan ikut suka sahaja mahu tangguhkan sesuatu kes. 

"Kalau Bar Council hanya untuk memberi perkhidmatan kepada sesetengah pihak sahaja, lebih baik jadi 'Bra' Council," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini. Hadir sama bekas Juruaudit DAP cawangan Serdang Baru Yap Kon Min.

Tee Beng juga berkata, Nie Ching dilihat cuba mempergunakan peguam untuk melengah-lengahkan pendengaran kes yang diadukan kepada Majlis Peguam sejak 2 tahun lepas.

Malah beliau menyifatkan Nei Ching hanya pandai bercakap dalam menolak gejala rasuah tetapi hakikatnya beliau sendiri dilihat cuba mengamalkan budaya kotor tersebut berhubung dakwaan salahguna kuasa ketika menjadi Ahli Parlimen Serdang suatu masa dahulu.

"Orang ini tidak layak bercakap di pentas untuk menghapuskan rasuah. Saya tidak mempersoalkan dia (Teo Nie Ching) di dalam parlimen ataupun kelakuan beliau melalui bidang politik.

"Walaupun beliau memberikan surat kepada Majlis Peguam yang mengatakan (aduan) ini sebagai bermotifkan politif sebenarnya tidak. Kami gunakan Majlis Peguam dalam mempersoalkan intergriti peguam," tegasnya.

Sementara menurut Yap Kon Min pula, tindakan Majlis Peguam yang melantik Devan Narayanan Raman sebagai Pengerusi Komuniti Disiplin disifatkan sebagai tidak telus berdasarkan profesionnya.

Ia berikutan tindakan peguam berkenaan yang sering menangguhkan pendengaran bahkan hanya memberi alasan yang tidak munasabah kepada pihak mahkamah.

Justeru beliau berharap supaya Pengerusi tersebut ditukar dan digantikan dengan individu yang lebih berkaliber dalam profesion sebagai peguam.

Sebelum ini, Kon Min mendakwa berlaku penipuan melibatkan bekas majikannya berhubung pembayaran sewa pejabat yang ditaja oleh kerajaan negeri Selangor melalui pejabat tanah.

"Perjanjian pada kami menunjukkan sewa sepatutnya RM1000 tetapi ada perjanjian lain diantara YB (Teo Nie Ching) dengan tuan rumah bahawa sepatutnya membayar RM500 sahaja tetapi tulis RM1000 supaya dapat 'claim' RM1000," katanya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Di Malaysia ni terlihat banyak benda songsang berlaku hinggakan rakyat umum tak tahu siapa sebenarnya yg berkuasa.
    Kerajaan atau NGO-NGO yg pro-pembangkang?
    Kalau macam nilah keadaannya tak ustahil usaha kaum imigran cina DAP menumbangkan kepimpinan Melayu di tanah air sendiri akan berjaya.
    Bukan salah siapa, tapi salah pihak yg diamanahkan menjaga negara bertuah ini.
    Lembut tak kena tempat hingga terlihat semacam takut dgn puak penentang kerajaan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping