Rasanya tak adil kalau kita tak usik Mamat ni. Jangan dia ingat dia bagus sangat sampai tak de orang yang berani nak buat ulasan mengenai kenyataan yang dikeluarkan.
Biar la orang lain mengalu - alukan kehadiran mereka dalam barisan kabinet. Tapi SH rasa secara peribadi, Mamat ni tak mampu nak bagi sebarang sumbangan pun sebenarnya.
Semalam Mamat ni ada keluarkan satu kenyataan mengenai pelawaan yang dibuat agar menyertai semula Kerajaan dan menganggotai semula Kabinet.
Dalam kenyataan tersebut, jelas dia menyebut bahawa penyertaan mereka dalam barisan kabinet adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan Negara.
Kalau nak dikata masuk kabinet baru dapat bagi sumbangan kepada rakyat, bagaimana pulak dengan pemimpin - pemimpin lain yang tak merasa jejak kaki dalam kabinet?
Adakah mereka tidak mampu untuk memberi khidmat kepada rakyat dan juga kepada Negara? Adakah mereka hanya membuangkan masa semata - mata?
Kalau semua orang perhatikan betul - betul, belum pernah lagi SH tengok dia ni berdiri dalam Parlimen dan membangkitkan isu berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Bukan sewaktu dia jadi ahli Kabinet. Tetapi sewaktu dia tak de jawatan dulu dia perlu bersuara bagi memperjuangkan hak rakyat. Terutama bagi kawasan dia sendiri.
Banyak isu dikawasan dia sendiri yang boleh dibangkitkan dan buat desakan kepada pihak Kerajaan. Itu pun kalau dia nak bangkitkan isu tu dalam sidang Parlimen.
Tapi malangnya dia TERLALU SIBUK menguruskan benda lain dari sibuk nak menjaga kepentingan rakyat dikawasan dia. Hari tu sibuk nak bertanding jawatan Presiden.
Lepas tu dok sibuk pulak membantah pembentangan Hudud yang dicadangkan oleh PAS. Sekarang dia sibuk pulak nak masuk dalam kabinet, apa kejadahnya?
Realitinya, seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan serta karisma tak perlu tunggu untuk masuk dalam barisan kabinet jika dia benar nak memperjuangkan rakyat.
Tapi dia sendiri perlu bergerak dan mendengar gerak nadi orang yang menaikkan dia untuk menjadi wakil rakyat agar dapat disuarakan hak mereka dalam Parlimen.
Kalau setakat nak tunggu masuk dalam barisan Kabinet baru dia boleh buat kerja, baik tak payah jadi wakil rakyat!!! Nampak sangat la yang dia sekadar nak kan jawatan, bukan nak berkhidmat kepada rakyat!!! Cermin - cermin la diri tu dulu!!!
Mamat manapun kalau asal dari barisan tak usah caya ler. Nak berlakon pun kejap je. Lama sikit terserahlah kebodohan dan kesombongannya...
BalasPadamKenapa? Kerana kepandaian mereka terpaksa simpan dalam hati. Siapa pandai kena tendang. Siapa yang sombong akan diangkat kononnya berani walaupun hujah tak ada class.
rakyat memilih
BalasPadamHihi..aku tau sape...dia xde ke..dia ada ke sama jek....
BalasPadamHudud pasti akn dilaksanakan.