Selasa, Mei 27, 2014


Gempar!!! Ini macam baru boleh respek beb. Baru la kita boleh salute dengan pemimpin tu. Bila buat salah, terus ambik tanggungjawab dan letak jawatan.

Ada skandal je, terus berani mengaku dan ambik keputusan yang cukup matang untuk letak jawatan. Bukan macam sesetengah pemimpin kat Malaysia ni.

Nak pulak dikalangan pembangkang. Ada yang dah kantoi pun masih jugak tak nak mengaku. Orang siap buat tuduhan, tak de pulak dia nak ambik tindakan.

Sebaliknya, dia hanya nafi, nafi dan terus nafi. Lepas tu dok sibuk maki hamun orang kata orang saja buat cerita fitnah. Mengkala dia nak hentikan fitnah tu, tak de jugak dia buat. Setakat pandai nafi je, budak sekolah tadika pun pandai!!!
JAKARTA: Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali hariini meletak jawatan sebagai menteri kabinet selepas didakwa terbabit dalam skandal penyalahgunaan dana haji.

Suryadharma yang juga Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), membuat keputusan itu dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Indonesia, Boediono di Istana Bogor, Jawa Barat pada Selasa.

Suryadharma adalah tokoh berprofil tinggi terbaharu, yang didakwa terlibat dalam rasuah seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia kerana terbabit dalam skandal melibatkan agensi pengurusan dan pengendalian dana haji bagi 2012–2013.  

Sebelum ini, KPK dalam kenyataan mendakwa terdapat keraguan dalam urusniaga bernilai AS$20 juta (RM64 juta) yang merangkumi dana kerajaan serta wang simpanan umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu.  


Dakwaan tersebut menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan rakyat kerana majoriti dari 234 juta penduduk negara itu adalah penganut agama Islam.
Categories:

5 ulasan:

  1. Nak ambil kesempatan komen program Khas Haji 1MDB yang mengambil 1,000 quota visa haji untuk tahin ini. Amat kecewa dengna program ini kerana quota 1,000 adalah amat banyak berbanding dengnan quota tahunan dari Kerajaan Arab Saudi ia itu 23,000, manakala terdapat ratusan ribu yang terpaksa menuggu giliran sehingga berbelas tahun. Adakah program 1MDB ini terlalu penting untuk memperomosi program "percuma" ini yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan politik? Adalah jelas program ini telah MERAMPAS hak ahli yang telah lama menuggu untuk tunaikan haji dari tahun ke tahunyang boleh jatuh ZALIM. Rasanya Pengerusi TH dan Menteri Jamil Khir Baharom akan bertanggungjawab diakhirat di atas kezaliman ini. Satu perkara lagi, adakah perlu menteri Jamil Khir Baharom ikut rombongan haji setiap tahun? Adakah pasokan yang yang diamanahkan tidak boleh dipercayai untuk mentadbir urusan Jemaah? Sebagai rakyat islam, tidak perlu menteri pergi saban tahun, guna quota dan kos tanggungan TH. Rasa2 nya boleh jatuh haram pak menteri menyalahguna jawatan dan kuasa. Ini adalah nasihat dan peringatan kepada Pengerusi dan Pak Menteri Jamil. Rakyat tidak bersuara bukan bermakna rakyat dan ahli TH suka dengan perangai korang. Ingat2. Nanti dah terlantar tak sempat bertaubat. Mungkin korang tak nak ambil pusing nasihat ini. Tidak mengapa. "Pesanan" ALLAH kalau dating korang tak sempat nak taubat.

    BalasPadam
  2. Tanpa nama12;52 pagi ni bodoh lah...siasat lah dulu apa Dan siapa yang dapat manafaat Dari usaha dato najib Buat utk Bawa 1000 tetamu Allah ...jangan Cuba timbulkan perasaan benci rakyat kpd bn Dan dato najib ..sengal betul lah kau ni...terima lah azab di Padang mahsyar nanti dgn statement kau ...Kalau dato najib tak maafkan kau cairlah kau di alam akhirat

    BalasPadam
  3. Pembangkang memang cam tu dia belum faham akan isu terus buatt tuduhan yang bukan bukan.

    BalasPadam
  4. Saya di sini mengambil kesempatan menambah kerisauan saya dengan masalah quota visa haji. Mak saya kini berumur 68tahun belum lagi dipanggil utk menunaikan haji walaupun sudah 5 tahun cukup tabungan. Ironinya, anak2 muda berumur 17 tahun sudah dipanggil untuk menunaikan haji. Berapa lama lagi mak saya kena menunggu? Pendapat saya, quota haji kena diagihkan sebaiknya. Walaupun dah menabung sejak kecil dan cukup tabungan, kenalah ambil kira orang-orang tua yang cukup tabungan. Dahulukan yang patut.

    BalasPadam
  5. biasanya yg tua dan cukup tabungan tapi belum ditawarkan sbb lambat daftar, ini satu hal. Yg muda tapi dah daftar awal utk pergi haji akan mendahului yg tua tapi lewat mendaftar.

    bila TH utamakan yg tua-tua dahulu utk naik haji dangan mengabaikan yg muda tapi mendaftar awal, yg muda akan marah sbb prinsip TH ialah yg dahulu akan didahulukan. Setiap yg mendaftar akan diberi tarikh jangkaan, dan biasanya tarikh yg diberi oleh TH itu adalah tepat kecuali kita menolak atau menangguhkannya. Bagi yg tua tapi belum ditawarkan, anak2 mereka, sila pastikan org tua anda telah mendaftar utk memunaikan haji. Jgn salah faham, ada akaun tabung haji dan cukup simpanan, sekiranya tidak mendaftar maka org tua anda tidak akan dipanggil.
    Jika telah mendaftar dan cukup simpanan, masih ada ruang iaitu dengan mengemukakan rayuan, dengan izin Allah, mudah-mudahan dapat. Harus diingat, kita dapat menunaikan fardhu haji dengan keizinan Allah, jika Allah izinkan kita menjadi tetamunya, InsyaAllah akan tiba giliran kita. Dan...jika ditakdirkan kita masih belum diizinkan menjadi tetamunya, janganlah risau sgt, itu semua ketentuan Allah. Belajarlah terima Qadha & Qadhar Allah. Wallahua'alam .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping