Ahad, Mei 25, 2014


(DIKEMASKINI) Itu kedudukan terkini mengenai saingan akhir Piala Thomas yang diadakan pada hari ini. Kedudukan semasa menyaksikan Malaysia mula ditinggalkan oleh Jepun 2-1.

Memulakan persaingan, Datuk Lee Chong Wei telah berjaya memberikan mata pertama kepada Negara dengan mengalahkan Kenichi Tago.

Namun pasangan bergu pertama Negara, Tan Boon Hiong dan Hoon Thien How tewas berhadapan dengan bergu Jepun, Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa.

Dalam pusingan perseorang kedua pula, Chong Mei Feng dilihat tewas mudah kepada Kento Momota 15-21 dan 17-21 dalam tempoh permainan selama 39 minit.

Pada ketika artikel ini ditulis, bergu kedua Negara, Goh V Shiem dan Tan Wee Kiong sedang berhadapan dengan Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda.

Ternyata Malaysia berjaya bangkit dalam saingan bergu kedua ini setelah berjaya memberi mata kedua kepada Negara dengan menewaskan Jepun dalam tiga pusingan. 

Maka sudah pasti kita memerlukan sumbangan terakhir dari Liew Daren yang bakal menentang Takuma Ueda untuk memastikan Piala Thomas kembali ke Tanah Air!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping