Isnin, Mei 26, 2014


Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Bantahan Pemilihan PKR mendapati, majoriti huru hara yang tercetus dalam pemilihan PKR 2014 sehingga menyebabkan 32 Cabang terpaksa mengadakan pemilihan semula, adalah dilakukan oleh ejen-ejen UMNO.

Termasuk yang berlaku di Sarawak walaupun UMNO tidak ada di negeri tersebut. (?)

Ini berikutan dakwaan beberapa orang saksi yang mengesahkan bahawa mereka tidak mengenali ramai dikalangan yang mencetuskan kekecohan tersebut dan berasa yakin mereka adalah ahli PKR kerana baju yang dipakai sahaja.

Sedangkan asal usul mereka dari Ranting mana, tidak dapat dipastikan. Logiknya, ahli PKR adalah majoriti terdiri dari orang-orang bijak pandai yang tidak mungkin terlibat dalam hal-hal seperti ini. (Huh? Bijak sangat ke?)

Kalau mereka Melayu, mereka adalah Melayu yang ada class, kalau India, mereka adalah India yang tinggi kastanya dan kalau cina, mereka adalah peniaga serta usahawan berjaya.

Jadi perangai macam orang tidak bertamadun ini sudah pasti tidak akan berlaku. Melainkan berlakunya campur tangan luar atau secara berterus terang, campur tangan UMNO.

Berdasarkan itu sahaja, maka kesimpulan dibuat bahawa mereka ini adalah ejen - ejen UMNO yang sengaja dihantar untuk menimbulkan kekecohan dalam pemilihan PKR di semua cabang yang diarahkan untuk pengundian semula.

Atas sebab yang sama, PKR akan membuat laporan polis bagi menyiasat perkara ini.  Semua bukti dalam bentuk gambar, video dan sebagainya telah dikumpulkan dan akan diserahkan kepada polis bila diminta kelak.

UMNO juga diminta menghentikan semua bentuk campur tangan dalam pemilihan PKR yang sedang berjalan dan menumpukan kepada masalah parti itu yang lebih banyak.

PS: Heh! Kesimpulannya mudah je beb. Semua ahli PKR ni kiranya BODOH belaka sebab tak kenal ahli sendiri. 

Setakat orang pakai baju pun diorang senang - senang je boleh kena tipu, nampak sangat la BODOHnya. Kalau dah dasar BEBAL tu BEBAL la jugak!!! Tak payah la diorang nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dalam pembohong pun ada penipu lagi. Itu lah PKR parti Pembohong Kepada Rakyat.

    BalasPadam
  2. Macam mana nak kenal ahli, buat promo keahlian kat pasar malam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping