Ahad, Jun 08, 2014


Tindakan Datuk Seri Najib memfailkan saman fitnah terhadap dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan merasakan dirinya telah dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib entu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan.

Venue (tempat) terbaik dan paling sesuai untuk berbuat demikian ialah mahkamah, katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

“Mengambil tindakan mahkamah lantaran teraniaya, difitnah, ditipu dan sebagainya adalah satu langkah yang dituntut di sisi hak asasi manusia,” tegas Rais.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini yang menggesa Najib dan Umno membatalkan saman fitnah itu.

Rais berkata kenyataan itu secara jelas menunjukkan badan berkenaan sudah turun padang bermain politik, dan seolah-olah tidak lagi mengambil kira hak asasi manusia seseorang yang mahu mendapatkan keadilan di mahkamah.

“Apakah Majlis Peguam sudah lupa undang-undang yang mereka sendiri dakwa hendak ditegakkan? Kini terbukti peranannya sebagai pengamal politik murahan,” katanya.

Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

PS: Heh! Sekarang mana pergi suara pejuang - pejuang Hak Asasi Manusia tu? Kenapa diorang semua diam belaka? Dah hilang lidah ke semuanya?

Kalau sebelum ini, pandai pulak diorang melalak macam anjing gila berjuang demi Hak Asasi Manusia. Sekarang, diorang senyap pulak? Memang nampak sangat la yang puak - puak ni semuanya MUNAFIK!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Penjelasan dari Tan Sri Dr. Yatim adalah jawapan yg jujur serta berhemah. Daripada Majlis Peguam yg bercakap bohong. Kalau begini lah sifat Majlis Peguam yg cuba utk mengelirukan rakyat tentang Hak Asasi Manusia. Masarakat tidak akan lagi hormat pada Peguam tetapi akan lebih hormat pada Doktor.
    Kepada Majlis Peguam, "kami rakyat Malaysia adalah rakyat yg berilmu dan sentiasa memerhati permainan jahat yg berkepentingan"
    Jgn perbodohkan kami dgn ilmu anda.

    BalasPadam
  2. Kerja peguam memang memutar dan membelit

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping