Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu dipersalahkan sekiranya institusi Sultan Johor dikritik dan dihina rakyat kelak, demikian butiran surat terbuka seorang peguam, Hassan Karim.
Beliau yang juga anak jati Johor berkata demikian merujuk kepada tindakan nekad kerajaan negeri berkenaan mahu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Perumahan dan Hartanah (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, pada Isnin (esok).
“Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku.
“Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU(LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah,” soalnya melalui surat terbukanya kepada Khaled.
Justeru katanya, jika sesuatu pelan atau perancangan membabitkan perumahan rakyat gagal, RUU baru itu akan mendedahkan institusi Sultan kepada kritikan serta hinaan rakyat jelata.
Justeru Hassan mempertikaikan adakah keputusan membentang RUU itu diusul terlebih dahulu kepada Sultan Johor atau tidak?
Beliau juga bertanyakan adakah Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) memainkan peranannya dengan rasional?
“Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang mendraf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ?
“Jadi siapa sebenarnya yang mendraf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang?,” katanya.
Tambah peguam yang berasal dari Pontian itu, selagi pemimpin di sebuah negeri yang juga ahli Parlimen, Khaled harus sedar akan sistem demokrasi yang telus perlu diamalkan tanpa memberi kuasa ekskutif kepada Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut.
“Saudara sebagai Menteri Besar dan para Exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang,” ujarnya lagi.
PS: Jelas, Peguam tersebut hanya menimbulkan persoalan kepada pihak Kerajaan Negeri. Dia sendiri pun tak faham tentang isu yang cuba dibangkitkan.
Kesimpulan bagi SH, biar la Khaled dihina sekali pun oleh rakyat. Tapi jangan sampai tanah Melayu tergadai kepada orang asing dimasa akan datang!!!
PS: Jelas, Peguam tersebut hanya menimbulkan persoalan kepada pihak Kerajaan Negeri. Dia sendiri pun tak faham tentang isu yang cuba dibangkitkan.
Kesimpulan bagi SH, biar la Khaled dihina sekali pun oleh rakyat. Tapi jangan sampai tanah Melayu tergadai kepada orang asing dimasa akan datang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.