Heh!!! Memalukan betul budak - budak SAMM ni. Kalau bercakap bukan main. Boleh runtuh stadium dibuatnya. Tapi bila kena batang hidung sendiri semuanya terdiam.
Nak bela Pengerusi dari dikenakan tindakan ZALIM dan KEJAM parti sendiri pun diorang boleh jadi BACUL dan KETAR LUTUT. Nak bela nasib rakyat macam mana?
Nah!!! Ini contohnya kalau nak berjuang demi hak dan keadilan untuk pemimpin. Bukannya setakat tau nak balun orang lain je. Bila kena parti sendiri, semuanya jadi macam PONDAN belakang Jalan Chow Kit!!!
KUALA LUMPUR - Kumpulan pemuda yang melakukan bantahan di hadapan sebuah kondominium di Bukit Bangsar telah membangkitkan isu-isu yang sah dan perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri KS Nijhar, Ahad.
Nijhar berkata dua wakil Pemuda dalam CWC perlu membangkitkan isu-isu yang terkandung dalam memorandum itu, yang telah diterima daripada seorang wakil penunjuk perasaan.
Para penunjuk perasaan telah memilih kondominium tempat di mana Nijhar tinggal untuk membantah keputusan jawatankuasa itu yang memecat memecat Ketua Pemuda MIC cawangan di Kedah, K. Somasundaram daripada parti.
Kumpulan tersebut membawa poster dan kain rentang serta mengadakan demonstrasi aman selama 30 minit di hadapan kondominium itu pada Sabtu untuk membantah pemecatan Somasundaram yang terus mengkritik Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.
Katanya, kumpulan itu juga telah membangkitkan isu-isu lain termasuklah isu di Kampung Buah Pala, estet Bukit Jalil dan kuil di Jalan Raja Chulan.
Beliau berkata mereka juga membuat bantahan terhadap Ketua Penerangan MIC L.Sivasubramaniam dan ahli jawatankuasa kerja pusat AK Ramalingam, dengan mendakwa kedua-dua mereka telah membuat kenyataan-kenyataan yang merosakkan parti.
"Saya menjelaskan bahawa di bawah perlembagaan parti, jawatankuasa disiplin boleh bertindak terhadap orang-orang yang membuat kenyataan akhbar yang bertentangan dengan kepentingan parti. Tetapi ia tidak dapat bertindak terhadap anggota jawatankuasa kerja pusat.
"Jadi, isu kedua-dua mereka yang membuat komen, perlu dibangkitkan pemimpin Pemuda di peringkat jawatankuasa kerja pusat yang boleh bertindak terhadap mereka," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.