Heh!!! Ada sesetengah orang kata, kekalahan Si Khalid Ibrahim dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor sebelum ini merupakan sesuatu yang 'Memeranjatkan'.
Tapi bagi SH, ianya bukan satu perkara yang mengejutkan kita sebenarnya. Ianya sudah memang dirancang sejak dari awal lagi. Cuma tak de orang pun yang nak dedahkannya.
Perkara yang sama jugak dibuat oleh puak - puak PKR tu sebelum ini dalam merancang agenda 'Langkah Kajang' diorang. Pun ianya dirancang dari awal.
Mulanya diorang hanya sekadar nak selesaikan isu perbalahan dan perebutan kuasa yang berlaku di Selangor. Kemudiannya merebak sampai ianya tak dapat dibendung.
Maka diorang rancang nak gugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai MB Selangor. Perancangan tersebut dikepalai oleh Si Rafizi tu sendiri.
Dengan menggunakan Kepala Lutut dia yang dianggap cukup 'Genius' dalam PKR, maka berlaku la Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yang tak sepatutnya berlaku.
Semuanya kerana nak menggantikan Si Khalid Ibrahim tu semata - mata. Maka PKR sanggup mengorbankan kepercayaan rakyat serta mengkhianati mandat yang diberikan.
Jadi, perkara itu juga yang berlaku dalam pemilihan PKR kali ini terhadap Si Khalid Ibrahim tu. Sejak dari mula lagi dia dipalitkan dengan skandal amalan rasuah Politik.
Yang menimbulkan isu tu pun bukan orang lain. Calon yang menentang dia bagi merebut jawatan Ketua Cabang tu sendiri yang buat dakwaan tersebut.
Malangnya, dakwaan itu tidak mempunyai sebarang bukti apabila Si Mike tu tidak membuat laporan terhadap pihak berkuasa. Dia tak de pun buat laporan kepada SPRM.
Sebaliknya, dia hanya buat laporan dalam media dan mengadu kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat mengenai perkara tersebut. Jadi, mana buktinya?
JPP pulak hanya terima aduan lisan dari Mike yang sebelum ini digantung keahlian kerana membuat tuduhan terhadap pemimpin PKR kepada pihak media.
Selepas pendengaran lisan tu, penggantungan keahlian Mike telah ditarik balik seterusnya menyaksikan kemenangan dia di Cabang Kuala Selangor.
Nah!!! Sekarang itu persoalannya. Dimana Keadilan yang diperjuangkan oleh PKR selama hari ini? Kenapa sesi Pendengaran Lisan itu hanya dibuat sebelah pihak?
Kenapa tak dipanggil Si Khalid Ibrahim tu turut serta dalam sesi pendengaran lisan tu bagi menepis atau menjawab pertuduhan yang dibuat oleh Si Mike terhadapnya?
Membuat dakwaan dan diterima sebagai bukti tanpa kehadiran pihak yang dituduh dianggap ADIL bagi PKR? Nampak sangat la yang diorang ni mengamalkan dasar Keadilan Songsang. Kalau bercakap bukan main lagi, tapi hakikatnya sekadar RETORIK belaka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.