Selasa, Jun 10, 2014


Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.

Rozita, 41,  atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.

“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’. Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya.  Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow. Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.

Rozita berkata demikian ketika menjadi tetamu  rancangan h live yang disiarkan menerusi  Astro Ria dan Maya HD pada Ahad pukul 8.30 malam.

Pelakon itu ditemubual pengacara Datuk Aznil Nawawi. Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut.

Dalam pada itu Rozita berkata, dia juga kecewa setiap kali memuat naik gambar-gambarnya bersama suami iaitu Zain Saidin, banyak komen negatif diberikan pengikut laman sosial itu.

Gambar percutian Rozita dan Zain di Paris ini turut menjadi isu apabila mereka dikatakan bercium.

Malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu turut menjadi isu apabila aksi  mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun.

“Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya sambil ketawa.

Tambah Rozita walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping