Isnin, Jun 23, 2014


Walaupun pemilihan semula di beberapa cabang PKR masih berlaku kekecohan dan pergaduhan namun Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu tetap mendabik dada apabila mengatakan jawatankuasa itu berjaya mengawal keadaan. 

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata, masalah yang dihadapi pemilihan kali ini puratanya hanya 12 peratus sahaja berikutan insiden keganasan yang berlaku di beberapa tempat khsusnya di Selangor dapat dikawal oleh anggota parti dengan bersungguh-sunggh. 

Katanya, unit khas JPP turut dapat menghalang ancaman samseng-samseng seperti sebelum ini yang didakwa sengaja mahu memporak-perandakan pemilihan PKR. 

Beliau berkata, JPP adalah jauh lebih baik berbanding Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana JPP lebih berjaya mengelak berlaku kekecohan misalnya menghalang cubaan membakar tong undi di Cabang PKR Kota Raja. 

"Sebenarnya kali ini kita ada video yang lebih jelas, kita ada juga seperti di Kota Raja percubaan membakar tong, unit khas kita berjaya gagalkan percubaan tersebut. 

"Unit khas berperanan keselamatan tong dan pengundi-pengundi dan anggota kita agr tidak diancam.  Kalau SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bajet dia besar, dengan jentera yang ramai itu pun ada problem sedangkan kita parti," katanya di sidang media hari ini.  

Johari ketika mengulas tentang insiden kekecohan yang berlaku pada pemilihan di Kuala Langat kelmarin dan di Kota Raja semalam yang menyaksikan ahli parti itu mengalami kecederaan akibat keganasan dan insiden baling membaling kerusi. 

Di Kota Raja, pemilihan yang bertukar ganas mengakibatkan dua lelaki cedera dalam pergaduhan semasa sesi pengundian di pusat pengundian Dewan Klang Jaya di Taman Desawan itu kira-kira 4.15 petang. 

PS: Dah ada ahli yang sampai pecah kepala pun Si Joe Bedul tu masih lagi nak kata yang pemilihan PKR kali ini yang terbaik?

Memang dasar tak sedar diri betul la Si Joe Bedul ni. Nampak sangat la yang dia ni jenis manusia yang tak tau nak mengaku salah sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. memang sah PKR tak sedar diri.Pemilihan parti sekecil itu pun tak terurus.Jgn nak urus PRU? PRK pun belum tentu diurus tanpa pergaduhan jika PKR diberi peluang.

    kenapa tak terima saja kelemahan? habis cerita. Lain kali cuba diperbaiki.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping