Penduduk Kampung Chubadak kecewa apabila tiada seorang pun pemimpin Umno datang mempertahnkan rumah mereka daripada diroboh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Munah memberitahu, beberapa pemimpin Umno pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum lalu.
Malah kawasan penempatan mereka dijadikan pusat berkempen untuk Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.
“Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan.
“Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri," ujarnya dipetik dari laman blog Warga Marhaen.
Munah berkata pemimpin Umno hanya datang menjenguk mereka ketika memerlukan bantuan undi untuk memastikan mereka memenangi pilihan raya. Namun ketika rakyat bawahan tersepit dan memerlukan bantuan, mereka hanya berpeluk tubuh.
“Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.
“Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpi-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami,” katanya lagi.
Munah berkata dia dan jirannya memahami jika pemimpin Umno berdepan dengan halangan sekiranya mereka berusaha untuk mempertahankan rumah penduduk daripada diroboh.
Tetapi apa yang menyedihkan, pemimpin Umno langsung tidak membantu dalam memperjuangkan kebajikan mereka.
“Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?
“Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?, ujarnya.
Munah menambah, kesedihannya bertimpa-timpa apabila rumah mereka dirobohkan ketika umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tidak kurang 20 hari sahaja lagi.
“Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal,” luahnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.