Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan syarikat penerbit dan dua editor laman portal Malaysiakini.com memfailkan pembelaan berhubung kes saman fitnah yang difailkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd Nordin menetapkan 1 Julai depan untuk Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar (defendan) berbuat demikian.
Kes itu didengar di dalam kamar dengan dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili semua defendan dan peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak Najib dan Ab Rauf.
Di luar mahkamah, Ashok memberitahu pemberita Norfauzani turut menetapkan 15 Julai untuk Najib dan Ab Rauf memfailkan pernyataan balas iaitu selepas pembelaan difailkan defendan.
Ditanya adakah pihaknya akan membuat permohonan untuk membatalkan saman tersebut, Ashok berkata:"Saya akan merujuk kepada anak guam terlebih dahulu."
Norfauzani juga menetapkan 24 Julai untuk pengurusan kes.
Pada 30 Mei lalu, Najib yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak Umno mendakwa ketiga-tiga defendan melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.
Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.
PS: Lain kali sebelum nak buat sebarang artikel atau keluarkan kenyataan tu fikir dulu masak - masak. Akhirnya nanti menyusahkan diri sendiri.
Yang puak - puak BARua Council tu tak payah la nak meroyan macam orang hilang akal bila PM failkan saman terhadap Merosakkini ni. Kalau setakat jadi Anjing Belaan Pakatan, baik tak payah banyak cakap la!!!
Jangan lah pula, bila dia minta maaf je, maka saman pun di tarik balik. Menyampah pula kalau jadi macam ni.
BalasPadam