Heh!!! Memalukan sungguh puak - puak PKR ni. Lepas seorang demi seorang buat perangai yang bukan - bukan. Nampak sangat la yang diorang memang suka buat kecoh.
Sebelum ini Presiden PKR merangkap ADUN Kajang tu memalukan diri sendiri bila kesemua soalan yang nak dibangkitkan telah ditolah oleh sidang DUN.
Kali ini kisah mengenai kedudukan Timbalan Presiden PKR dalam PKNS pulak menjadi satu isu besar seolah - olah ianya penting sangat nak dibincangkan dalam sidang DUN.
Sewajarnya, kedudukan Si Azmin tu tak perlu nak dibangkitkan lansung sebab ianya tak de kaitan pun dengan Kebajikan Rakyat. Bukan ke itu yang menjadi keutamaan Pakatan?
Kedudukan Si Azmin tu dalam PKNS hanya melibatkan kepentingan diri dia sendiri je. Bukannya melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Sama ada dia tersenarai sebagai ahli lembaga pengarah PKNS atau pun tidak, tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat secara keseluruhan.
Yang dapat elaun jadi ahli lembaga pengarah Si Azmin tu sorang je. Yang dapat kelebihan sebagai ahli lembaga pengarah pun dia jugak. Bukannya rakyat.
Kalau setakat bawak usul yang menumpukan kepada kepentingan seorang individu dalam sidang DUN apa gunanya? Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung.
Sepatutnya, wakil rakyat dalam sidang DUN ni membangkitkan isu - siu mengenai masalah yang dihadapi oleh rakyat agar dapat diselesaikan oleh pihak pentadbir.
Diorang seharusnya menyuarakan permasalahan yang sedang menghimpit rakyat didalam kawasan mereka. Itu yang perlu diberi keutamaan.
Bukannya membincangkan kedudukan seorang manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Tapi apa nak heran ye tak. PKR pun memang parti yang memperjuangkan kepentingan individu tertentu je. Tu pasal la diorang suka buat kecoh tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.