Isnin, Jun 30, 2014


Itu membuktikan bahawa PAS bukan lah sebuah parti yang benar - benar bersifat TELUS terhadap rakyat apabila penglibatan ahlinya dengan militan Syiria sengaja disembunyikan.

Dalam kenyataan semalam, Pak Mus selaku Setiausaha Agung PAS mengakui bahawa pihak mereka mengetahui penglibatan Lotfi Ariffin dengan militan Syiria sejak April.

Namun, PAS Pusat sengaja mendiamkan isu tersebut kerana mahu menjaga imej serta nama baik parti dari dilabelkan sebagai sebuah kumpulan Pro Militan Syiria.
"Ianya isu dalaman yang boleh jejaskan nama baik parti, itulah sebabnya kami tak dedahkan perkara tersebut," tegas Pak Mus.
Ulasan Pak Mus tu dibuat berikutan timbul beberapa persoalan dari kalangan penyokong - penyokong PAS diperingkat akar umbi yang mempertikaikan mengenai isu tersebut.

Adalah satu perkara yang menghairankan apabila PAS sendiri tidak mengetahui mengenai penglibatan Lotfi dengan militan Syiria yang menentang Kerajaan Bashar Al Assad.

Kata Pak Mus, pihaknya sengaja menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan umum dan tindakan terhadap keahlian Lotfi juga sudah diambil.
"Pihak kami tidak mahu sebarkan perkara ini kepada media, ianya boleh memberi kesan kepada parti," katanya.
Walaubagaimana pun, masih ada sesetengah pihak yang keliru dengan tindakan PAS apabila membuat keputusan memecat keahlian Lotfi sebelum ini.

Jelas mereka, tindakan Lotfi menyertai pasukan Jihad Militan Syiria menentang kekejaman Rejim Bashar Al Assad menepati perjuangan PAS di Malaysia.

Bukan ke PAS jugak yang menentang kekejaman yang dilakukan oleh Rejim tersebut sebelum ini dengan mengadakan demonstrasi depan kedutaan Syiria di Malaysia?
"Itu yang peliknya. Hari tu beria - ia diorang kecam tindakan kejam yang dilakukan oleh Rejim Al Assad terhadap rakyat Syiria.

Diorang bangkitkan sentimen membenci Rejim Al Assad dengan mengadakan demonstrasi. Tapi, bila ada ahli yang pergi berjihad di Negara tersebut, diorang pecat pulak keahliannya."
Nah!!! Itu membuktikan bahawa PAS ni sekadar RETORIK je dalam perjuangan mereka. Cakap je pandai, tapi bila diajak berjihad, diorang sendiri ketar lutut. Setakat nak berguling - guling depan kedutaan, tak mendatangkan faedah. Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. sejarah telah menctatkan ramai penyokong parti ini terlibat dg gerakan militan. apa tindakan kerajaan untuk membendung petkara ini. apa pula padangan umno bn?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping