Khamis, Jun 05, 2014


Selepas PM memfailkan saman ke atas portal Malaysiakini kerana menyebarkan artikel fitnah, kini tiba giliran Pakwe SiTipah Koyak tu pulak buat laporan Polis. 

Dalam laporan tersebut, Pakwe Si Tipah Koyak tu mendakwa seorang pemilik akaun twitter telah memalsukan kenyataan melalui laman twitter miliknya sebelum disiarkan dalam blog.

Tindakan Pakwe SiTipah Koyak tu dianggap sebagai zalim oleh sesetengah pihak terhadap media yang menyiarkan laporan sedemikian terhadap dirinya. 

Malah ada juga yang mendakwa, Pakwe SiTipah Koyak tu sengaja mahu memberi tekanan kepada media dan tidak mengamalkan kebebasan bersuara di negara ini.

Pakwe SiTipah Koyak tu jelas cuba menggunakan isu teknikal untuk ambil tindakan terhadap pemilik akaun twitter tersebut dan juga pengendali blog sejarahmelayu itu.

"Tindakan ini ialah satu bentuk tekanan kepada media,” tegas seorang pengamal media yang ditemui bila diminta untuk mengulas mengenai isu tersebut. 

Tindakan tersebut juga turut membuktikan bahawa Pakatan cuba nak mengawal Kebebasan Media dengan mengambil tindakan pihak yang tak sehaluan dengan mereka.

Selain itu, rakyat juga turut mempersoalkan mengapa Pakwe SiTipah Koyak  itu tidak menggunakan ruang yang diberi portal berita tersebut untuk membuat penafian.

Kenapa dia tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh blogger tersebut untuk memberi penjelasan berhubung isu yang disiarkan itu? Kenapa dia tak jawab je dalam twitter?

Jika Pakwe SiTipah Koyak tu boleh ambik tindakan sedemikian, tak salah la sekiranya Perdana Menteri pun mengambil tindakan memfailkan saman terhadap Malaysiakini.

Terdahulu, Perdana Menteri serta UMNO dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu. 

Datuk Seri Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Dia masih percaya pada PDRM ke??

    Asalkan dapat publisiti, dia terus sondol.

    BalasPadam
  2. Kenapa buat laporan di balai polis pergi la buat laporan di balai bomba ke, ke balai raya ke..polis kan tk boleh di percayai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping