Menuduh Umno/BN sekian lama menggunakan wang bagi meneruskan pengaruh politik mereka, tetapi apa kurangnya dengan PKR? Maksum sangat ke diorang?
Jangan cerita la pasal Pilihan Raya Kecil. Nak buat pemilihan parti sendiri pun masih dicemari dengan budaya politik wang bila melibatkan nama - nama besar.
Calon dalam pemilihan tersebut didakwa memberikan imbuhan kepada perwakilan bagi memastikan mereka terus berada dalam tampuk tertinggi parti.
Sama ada ini cara mudah bagi merebut jawatan atau calon-calon ini meragui kemampuan mereka untuk bersaing secara sihat hanya boleh dijawab oleh mereka sendiri.
Bila ada yang bersuara mempersoal ketelusan parti, maka tindakan yang bakal diambil pun sudah dijangka. Tindakan tegas dikenakan untuk menutup mulut mereka.
Kata Puan Presiden, tindakan penggantungan Si Chagubard serta beberapa ahli lain adalah penting bagi memastikan imej PKR sebagai parti yang telus dapat dikekalkan.
Tapi apa pula tindakan Puan Presiden serta kepimpinan tertinggi parti terhadap petugas JPP yang didakwa menjadi agen kepada Azmin Ali? Takkan tak de tindakan yang diambil.
Tak terfikir ke dek pemimpin atasan, ahli sendiri pun dah muak menengok parti tu hanya dipergunakan oleh individu - individu tertentu demi kepentingan peribadi?
Dah terang lagi nak bersuluh. Perjuangan asal untuk menegakkan Keadilan dah jauh menyimpang dari prinsip-prinsip yang menjadi kebanggaan parti tersebut selama ini.
Itu belum lagi dengan masalah PKR di Selangor. Dari masalah air, KIDEX dan terbaru JAIS, isu - isu ini memperlihatkan sisi buruk PKR dalam urusan pentadbiran.
PKR memang hebat dalam membangkitkan sentimen kebencian dalam hati rakyat. Perkara tu dah jadi lumrah manusia yang takkan pernah puas hati.
Setiap individu ada kehendak dan kemahuan yang berbeza. PKR hanya mempergunakan peluang ini untuk menanam benih kebencian sehingga banyak yang ‘buta mata'.
REALITInya, PKR masih terkapai - kapai untuk melaksanakan janji - janjinya dan lihatlah keadaan dalam parti itu sendiri. Ia umpama bom jangka yang bakal meledak dari dalam.
Apa yang rakyat perolehi dari PKR selama ini hanya wakil rakyat yang tenggelam timbul, perjuangan untuk Anwar kekal relevan dan peluang untuk buat demonstrasi. Itu sahaja.
Kesimpulannya, PKR ni memang tak layak nak jadi pentadbir Negara dimasa akan datang. Nak urus-tadbir parti sendiri pun masih tunggang langgang. Kalau itu caranya nak uruskan Negara, alamat jahanam la jawabnya!!! Rakyat jugak yang jadi mangsa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.