Heh!!! Nampak gayanya Si Ahli Parlimen Pondan...eh silap. Ahli Parlimen Pandan ni boleh menarik nafas lega apabila Si Ketua Penipu tu buat pengumuman semalam.
Boleh dikatakan bahawa tindakan Si Ketua Penipu tu menamakan isteri dia dalam amalan Kronisme dan Nepotisme PKR sedikit sebanyak menyelamatkan tengkuk Si Rafizi tu.
Jika tidak, sebelum ini Si Rafizi tu kerap kali diserang oleh ahli parti diperingkat bawahan sebagai individu yang bertanggungjawab mewujudkan perbalahan dikalangan mereka.
Rafizi dinamakan sebagai orang yang merencana gerakan "Langkah Kajang" disifatkan hanya membawa perpecahan perpaduan dikalangan ahli - ahli PKR.
Nak pulak bila pemilihan PKR menyaksikan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, amalan rasuah dan pergaduhan yang menyebabkan kecederaan parah menghiasi laman media.
Atas alasan itu, maka desakan demi desakan dibuat terhadap Rafizi yang masih lagi tak malu memegang jawatan sebagai Pengarah Strategi PKR agar berundur dengan segera.
Ada jugak yang menyifatkan tindakan Si Rafizi tu memulakan Langkah Kajang hanya memberi ruang kepada amalan Kronisme dikalangan pemimpin PKR berleluasa.
Malah, Si Rafizi tu turut didakwa menyumbang kepada keuntungan peribadi Si Ketua Penipu tu dan isterinya untuk merampas kuasa di Selangor tanpa mempedulikan rakyat.
Bak kata pemimpin parti KITA di Kedah, tindakan Si Rafizi tu jelas menafikan kritikan meluas dari kalangan ahli - ahli PKR diperingkat akar umbi.
"Sebab itu saya menyifatkan Wan Azizah dan Anwar ketika ini bermain politik yang sangat licik dan Langkah Kajang atau lebih tepatnya Rafizi digunakan sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita politik rakus mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nah!!! Sekarang sudah terbukti bahawa PKR ni memang sebuah parti yang HIPOKRIT dan MUNAFIK. Kalau atas pentas, bukan main lagi diorang tuduh orang lain mengamalkan Nepotisme dan Kronisme. Hakikatnya, diorang lagi teruk!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.