Hehehe!!! Tak sangka pulak Si Khalid Samad ni mudah sangat terasa bila ada yang beri dia nama gelaran "Khalid Gereja". Tau pulak dia nak meroyan tak tentu arah.
Baru sekarang dia nak terasa hati bila ada yang bagi dia nama gelaran sedemikian? Sebelum ini, dia je yang suka menyakitkan hati orang lain secara terbuka.
Jika sebelum ini, nama jolokan itu diberikan diatas sikap dia yang lebih suka menyebelahi pihak Gereja dari nak menegakkan Islam di Selangor tu sendiri.
Ianya bermula apabila Si Khalid Samad tu mempertikaikan tindakan JAIS yang buat serbuan terhadap Gereja DUMC yang didakwa memurtadkan orang Islam.
Kecaman yang diberikan oleh Si Khalid terhadap JAIS pada ketika itu dianggap 'Canggung' dan tak kena pada tempat apabila dia sendiri tak siasat isu sebenar.
Sebaliknya, Si Khalid tu hanya mempertikai dan mengecam tindakan JAIS yang bertugas menjaga kesucian Islam di Negeri Selangor tu secara terbuka.
Malah, kelantangan Khalid Samad bersuara mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam Alkitab versi Bahasa Melayu/Iban juga turut mengundang nama jolokan tersebut.
Khalid yang dilihat ramai pihak lebih lantang mempertahankan pihak gereja terus menerus memperlekehkan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa JAIS.
Biarpun sebelum ini, hujah demi hujah sudah pun diberikan mengenai perkara tersebut yang memang jelas mampu mengundang kekeliruan tetapi ianya ditolak oleh Si Khalid Samad tu.
Maka, tak salah la sekiranya ada pihak yang memanggil dia sebagai 'Khalid Gereja' diatas penentangan yang dilakukan secara terbuka terhadap JAIS.
Dia ziarah la berapa banyak Masjid sekali pun, tapi ternyata ianya tak memberi kesan kepada rakyat yang melihat. Ada yang anggap ziarah dia tu sama seperti Si Guan Eng buat. Keluar masuk masjid, tapi hati tak terbukak jugak untuk membela Islam!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.