Perlawanan pusingan kalah mati yang terakhir bagi Piala Dunia 2014 hari ini menyaksikan pertembungan diantara Argentina menentang Switzerland.
Perlawanan yang dianggap hambar dalam separuh masa pertama menyaksikan kedua - dua pasukan hanya sekadar seri tanpa jaringan.
Ianya berpunca apabila kedua - dua pasukan bermain dengan penuh berhati - hati sehingga mengheret mereka ke masa tambahan setelah tamat separuh masa kedua.
Walaupun Switzerland mampu menjaringkan gol dibabak pertama dan berpeluang menenangi pusingan ini, namun ianya hanya sia - siakan.
Gerakan cantik dari Granit Xhaka dan Xherdan sedikit sebanyak berjaya mengucar kacirkan benteng pertahanan Argentina serta menguji kecekapan penjaga gol, Sergio Romero.
Pada minit ke 118, penyerang Argentina, Angel Di Maria yang menerima hantaran catik dari Lionel Messi didalam kotak penalti disudahkan dengan jaringan cantik ke gawang gol.
Gol tunggal dari Di Maria menyaksikan pasukan Argentina mara ke pusingan Suku Akhir dan menyelamatkan kedua - dua pasukan berentap dalam penentuan sepakan penalti. Argentina akan bertemu sama ada Amerika atau Belgium bagi perlawanan seterusnya.
- Seterusnya...
- Seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.