Rabu, Julai 02, 2014


Heh! Adakah ini isyarat yang Si Neelofa tu akan masuk PAS? Kalau biasanya, puak - puak Parti Angguk Saja tu suka sangat mendabik dada kata ini hasil tarbiyah diorang.

Asal ada je mana - mana artis yang pakai tudung, mula la diorang kata artis tu masuk PAS dengan alasan artis tu dah mula kenal Islam kerana bergaul dengan mereka.

Kalau artis tu pakai tudung tapi tak masuk PAS macam mana? Apa pulak label yang diorang akan berikan kepada artis tersebut? Apa pulak fatwa songsang yang akan dibawa oleh PAS?

Hakikatnya, orang yang pakai tudung ni bukan hanya sebab diorang masuk PAS. Tapi sebab pintu hidayah tu telah terbuka bagi mereka. Jadi, tak usah la PAS nak dabik dada membanggakan diri tak tentu pasal pulak!!!
PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.

Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25,  membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).

"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online.

Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.


"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya - seterusnya...
Categories:

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah, semoga berhijab tu hingga keakhir hayat carilah rezeki sesuai dgn Islam. Bertambah cantik awak ye.

    BalasPadam
  2. Mat Sabu dan Mustapha Ali sedang menunggu.....................................

    BalasPadam
  3. BERHIJAB BUKAN UNTUK MELAWA. TAPI UNTUK MENUTUP AURAT. ALHAMDULILLAH. SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping