Hehehe!!! Dek kerana nak sangat tunjuk yang dia bagus berpegang pada prinsip, penyudahnya membuatkan Bekas Pak Timbalan Menteri tu melopong.
Sebelum ni dilaporkan yang Bekas Pak Timbalan Menteri tu letak jawatan sebagai Felo sebuah Universiti ekoran dakwaan yang dibuat terhadap seorang Profesor.
Yang Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu nak tunjuk kononnya dia seorang yang berprinsip, maka dia pun turut serta meletakkan jawatan yang disandangnya.
Cuma, Bekas Pak Timbalan Menteri tu mungkin tak tau. Sebelum Profesor tu diarahkan meletakkan jawatan, dia dah ditawarkan dengan imbuhan yang lumayan.
Pendedahan mengenai perkara tersebut dibuat oleh blog Gelagat Anwar yang menyatakan bahawa sudah ada tawaran menarik dibuat oleh pihak Pembangkang kepada Profesor tu.
Katanya, selain jawatan besar dalam parti, Profesor tu juga turut ditawarkan dengan gaji yang lumayan, mencecah angka puluhan ribu ringgit tak termasuk kemudahan lain.
Menurut informasi PKR HQ, Prof sedang dalam proses mempertimbangkan 4 jawatan yang sudahpun dilamar oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
1. Presiden, Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives; berpusat di Puchong. Gaji tidak berapa tinggi, dalam 25k dengan sebuah kereta Camry. Rumah pun disediakan.
2. CEO Institut Rakyat.
3. CEO Penang Institute. Ditaja oleh DAP. Tapi DAP amat suka jika ada muka Melayu yang bantu.
4. Setiausaha Politik MB Negeri Selangor yang baru. Kerja mudah menjaga Azmin. Prof memang nak berhenti pun. Bukan soal academic freedom ni. Ini masyuk. - Gelagat Anwar
Nah!!! Apa yang jelas, Si Profesor tu dah dpat kedudukan yang lebih baik dari apa yang dia miliki sebelum ini. Sekarang dia bebas nak buat apa sahaja yang dia suka.
Maka tinggal la Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu melopong tak tentu pasal dek kerana nak sangat berpegang kepada prinsip dia selama hari ini.
Tak salah kalau nak berpegang kepada prinsip dan pendirian sendiri. Tapi, tengok jugak la sama ada prinsip tu mampu memberi manfaat atau pun menjahanamkan diri sendiri.
Penyudahnya diri sendiri jugak yang rugi, apa gunanya? Yang Si Profesor tu dapat apa yang dia idam - idamkan. Malah, kemungkinan besar dia bukannya peduli sangat soal prinsip dan pendirian ni. Janji hidup dia senang. Itu je yang pentingnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.