Isnin, Julai 07, 2014


Aspan Alias - Jika orang ramai yang bernasib baik kehidupan, mereka akan merayakan Aidilfitri dengan riang gembira setelah berpuasa sebulan lamanya di bulan Ramadan. 

Bagi Khalid Ibrahim, MB Selangor beliau rasanya tidak akan beraya seperti rakyat yang lain kerana beliau dikatakan akan bersara secara paksa oleh ramai pemimpin partinya.

Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah ‘baling batu sembunyi tangan’. 

Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan ‘testimonial’ besar dalam pilihanraya umum yang lepas. 

Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar di pecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum.

Dalam politik tiada kawan yang berkekalan dan tiada musuh yang kekal. Dalam politik berkuasa yang kekal hanyalah perasaan cemburu dan perasaan amarah terhadap orang yang kita anggap merentasi dan menjadi penghalang kepada kemahuan mana-mana individu. 

Politik itu ‘is all about personal greed, anger and foolishness’. Tidak ada untuk melaksanakan apa yang dijanjikan atau kemahuan ramai.

Yang menyebabkan kekusutan dalam PKR Selangor ini hanya kerana perebutan kuasa yang sedang berlaku tanpa ada batasannya. 

Khalid yang dikatakan seorang MB yang baik malahan yang terbaik dalam negara ini suatu ketika yang tidak lama dahulu kini menjadi seorang MB yang mendapat tekanan, bukannya dari rakyat tetapi rakan seperjuangan sendiri sahaja. 

Kekuatan dan ketelusan Khalid mentadbir Selangor itu membuatkan Khalid menghadapi masalah kerana ia akan menjadikan beberapa orang yang berkepentingan dalam PKR itu susah untuk mengambil alih jawatan Khalid itu.

Maka keluarlah semua cerita dan propaganda yang tidak baik terhadap beliau, dari isu bekalan air bersih sehingga isu Lebuhraya Kiddex dan banyak yang lain. 

Apa yang tidak disukai oleh setengah pihak itu dijadikan isu ‘criminal’ terhadap Khalid. Mereka belum lagi tahu samada mengalih dan menganjak Khalid itu perkara yang mudah dilakukan.

Sesungguhnya isu ini sudah bermula sebaik pilihanraya umum lalu kerana PR tidak berjaya mengambil alih Putrajaya. 

Maka wujud satu tindakan politik untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor bagi membolehkan ketua umum parti itu satu tempat eksekutif dan tempat itu hanyalah dengan menjadi MB Selangor.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping