Isnin, Julai 07, 2014


PENGHIJRAHAN dan penampilan berhijab beberapa artis wanita dalam industri hiburan tempatan kini bukan lagi satu perkara yang asing.

Perubahan itu juga dilihat sebagai satu perkembangan yang membanggakan memandangkan ia menepati tuntutan syarak dan agama Islam sendiri.

Tidak dinafikan segelintir artis ini terlalu menonjol dengan penampilan baru mereka itu sedangkan ilmu belum cukup di dada.

Ibarat menjadi satu trend, selebriti yang baru berhijab sering dikaitkan dengan gelaran ‘ustazah segera’ kerana terlalu lantang berbicara soal agama.

Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi Alyah akui lebih selesa berdiam diri sekiranya ditanya mengenai penghijrahan dan imej hijabnya.

“Sebenarnya, saya tidak berani untuk berkata apa-apa dalam perkara ini. Saya tidak boleh nak menghakimi mana-mana artis yang memakai hijab kerana saya sendiri masih berada dalam bidang nyanyian. Tambahan pula banyak godaan dalam bidang kerjaya ini.

“Kalau diikutkan pengertian hijrah, menyanyi pun saya tidak boleh. Sebab itu saya tidak mahu terlalu lantang dan hanya selesa berdiam serta muhasabah diri,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Havoc Raya anjuran Sony Music, bertempat di Menara TM, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Alyah memberitahu dirinya kini masih menjalani proses perubahan secara berperingkat.

“Saya masih baru dalam berhijab dan proses itu masih berjalan secara  perlahan-lahan. Saya sangat bersyukur hidayah ini berlaku pada diri saya dan selagi mampu saya akan cuba menjaganya.

“Perubahan ini adalah untuk diri saya sendiri dan biarlah perubahan yang datang itu sedikit demi sedikit,” tuturnya. - seterusnya...

PS: Orang lain pandai nak 'kadarkan' diri. Tau batasan bila baru nak berhijrah. Bukannya macam sesetengah yang lain tu.

Baru pakai tudung dah nak tunjuk pandai, kononnya macam dia je yang bagus. Tu sebab la dia boleh nak kondem orang sesuka hati, sedangkan diri dia sendiri pun tak buat apa jugak!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping