Ahad, Julai 13, 2014


Kesian pun ada, geram pun ada jugak dengan McDonald Malaysia ni. Dah banyak kali dah diorang ni dijadikan sasaran dari kalangan umat Islam di Malaysia ni.

Hampir setiap kali timbulnya isu berkaitan dengan serangan ganas Rejim Zionist terhadap penduduk di Palestine, sudah tentu akan ada yang kecam McDonald secara terbuka.

Kata mereka, McDonald didakwa menyalurkan bantuan kewangan dan pembiayaan kepada Rejim Zionist tu dari hasil keuntungan yang diperolehinya.

Biar pun tidak ada bukti terhadap pendakwaan yang dibuat oleh pihak - pihak tertentu, namun persepsi dan spekulasi mengenai perkara itu tersebar dengan luas.

Dan setiap kali timbulnya kecaman tersebut, maka terpaksa la pihak McDonald Malaysia ni keluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut secara umum.
KUALA LUMPUR - McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.

"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.


Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Yang sebenarnya, nak selesaikan masalah McDonald Malaysia ni terhadap isu tu senang je. Nak tunjukkan yang diorang tak terlibat dengan Israel cukup mudah.

Apakata pihak McDonald buat penghantaran kemanusian secara terbuka kepada penduduk di Palestine dan mengadakan kutipan dana bagi membantu mereka di Gaza.

Buat je kempen berkaitan dengan Palestine dan menyokong pembebasan Gaza secara besar - besaran di Malaysia ni. Kan mudah? Orang zaman sekarang ni tengok bukti, jadi buktikan la yang diorang benar - benar tidak menyokong keganasan. Jangan setakat cakap je!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Saya setuju supaya McD buat secara besaran sokong Palestin dan anjurkan secara besaran kutipan derma untuk Palestin dan pasang banner "KAMI MCD MALAYSIA KUTUK SEKERAS-KERASNYA KEKECAMAN ISRAEL KEATAS PALESTIN".

    BalasPadam
  2. 5F...1,Food.2.Fun.3.filem 4.Fashion. 5 Family
    FOODS.... Beribu. Jenis ditubanya orang Islam. Terutama coca cola. Mcd...

    BalasPadam
  3. Mcd pun satu...kempen la tunjuk pd masyarakat...setiap pembelian mcd rm1 disumbangkan utk rakyat palestin. Kita blh tgok saper yg ramai beratur di kaunter dan drive thru seluruh negara. Tgok bangsa mana yg paling ramai support utk mmbntu rakyat palestin dr kesengsaraan. Full stop....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping