Sabtu, Julai 19, 2014


Seorang wartawan Rusia dilapor mengumumkan meletak jawatan selepas kecewa dengan cara liputan agensi di mana dia bertugas membabitkan nahas MH17.

Sara Firth seorang wartawan dari stesen televisyen Russian Today (RT). Dia merupakan wartawan kedua yang meletak jawatan dari stesen televisyen terbabit.

Mac lalu, seorang wartawan RT turut meletak jawatan atas alasan kecewa dengan cara pemberitaan membabitkan krisis di Ukraine.
“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.
Stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia bagaimanapun dalam reaksinya kepada AFP menjelaskan perkara yang berbeza sambil berkata;
“Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”, kata jurucakap stesen itu.
Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko menerima rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia.

Dan ianya termasuk dalam melaporkan kejadian sebenar yang berlaku terhadap MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis. 

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya terhadap pendedahan yang dibuat oleh blogger tersebut dan kenyataan dari Firth.

Menurut Firth itu satu "penipuan". Tambahnya "Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar. Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tegasnya.

PS: Heh! Wartawan tu sanggup letak jawatan demi nak tegakkan Kebenaran. Tapi di Malaysia ni, ada jugak yang sanggup menipu.

Biar pun dah 99 peratus kantoi berzina dengan Chinadoll tu pun, Si Ketua Penipu tu masih lagi tak nak mengaku kesalahan yang telah dia buat.

Sebaliknya, dia hanya menafikan perkara tersebut tanpa mengambil tindakan terhadap pihak yang buat pendedahan. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Anwar dipilih rakyat kenapa nak letak jawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika hendak memilih pemimpin negara, pilihlah yg berakhlak yg benar ikhlas dan boleh menjaga agama dan kesejahteraan raayat barulah negara kita diberkati Allah.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping