"Rafizi Masih Diburu Kesilapan Yang Telah Dilakukannya". Itu satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh Si Rafizi tu selaku Penragah Strategi PKR.
Jangan dia ingat dengan timbulnya isu berkaitan dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17 tu dapat membuatkan rakyat lupa dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.
Jangan dia jadi macam sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan terhadap isu lain untuk mengalihkan perhatian terhadap keGAGALan diri dia sendiri.
Sewajarnya, Si Rafizi tu mengunakan peluang dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ni untuk menginsafi diri dia sendiri dan tampil dengan permohonan maaf.
Yang pertama sekali dia kena mengaku secara terang - terangan bahawa dia telah melakukan kesilapan dalam merencana agenda "Langkah Kajang" bersama Rahim Ghouse.
Yang kedua, dia perlu mintak maaf dengan rakyat Selangor kerana telah menghuru - harakan lagi pentadbiran Rejim Pakatan dengan agenda yang direncanakan.
HAKIKATnya, dia bukan sahaja telah menghina pengundi di Kajang. Sebaliknya Si Rafizi tu juga turut mengkhianati kepercayaan sebilangan rakyat di Kajang tu sendiri.
Yang ketiga, dia perlu mintak ampun dari ahli - ahli PKR seluruh Negara kerana telah mengakibatkan parti tersebut menjadi kucar kacir sepanjang pemilihan diadakan.
Yang keempat, Si Rafizi tu perlu letak jawatan yang dia sandang pada ketika ini seperti 'Anak Jantan' bagi membuktikan diri dia seorang yang bertanggungjawab.
REALITInya, perkara - perkara tersebut perlu dilakukan oleh Si Rafizi tu kerana dia yang bertanggungjawab memburukkan lagi kemelut kepimpinan dalam parti tersebut.
Malah, Rafizi juga perlu bertanggungjawab terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah dalam pemilihan kali ini. Bak kata seorang ahli PKR Baling:
"Dia perlu ingat, langkah yang diciptanya itu turut menyebabkan huru-hara semasa pemilihan parti sehingga timbul insiden baling kerusi dan pergaduhan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nah!!! Sekarang Si Rafizi tu perlu tampil dan memperbetulkan kesilapan serta keGAGALan yang dia telah lakukan. Kalau setakat nak jadi PONDAN dan menyorok belakang orang lain, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.