Jumaat, Julai 18, 2014


Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak bernasib baik apabila MH17 menggunakan ruang udara bergolak dan ditembak kumpulan pemisah di sempadan Ukraine semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata MH17 tidak bernasib baik apabila menjadi mangsa kumpulan pemisah yang terlibat dalam konflik kawasan itu.

"Ini suatu yang tidak bernasib baik kerana kawasan itu sedang berlaku peperangan dan terdapat kumpulan pemisah. Mereka bukan askar yang berdisiplin," katanya dipetik dari portal One News (www.malaysia1news.my).

Beliau berkata pejuang pemisah boleh sewenang-wenangnya melepas tembakan tanpa mengira sesiapa sahaja di wilayah bergolak.

"Pemisah tidak mempunyai disiplin sama dengan tentera, mereka tembak tanpa ambil kira apa yang berlaku dan saya diberitahu kawasan tersebut banyak pesawat penumpang terbang.

"Ia mungkin berlaku kepada penerbangan lain tapi ia berlaku kepada MAS. Ini pasti tragedi berganda selepas MH370," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Dr Mahathir berkata beliau sedih dengan tragedi kedua yang berlaku ini, serta bersimpati kepada keluarga mangsa penumpang insiden tersebut.

"Saya bersimpati kepada ahli keluarga dan mereka yang berkaitan dengan penumpang dalam pesawat ini," katanya.

Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat MAS Boeing 777 ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.

Pesawat MH17 yang terbang 300 meter di atas kawasan larangan apabila ditembak jatuh kumpulan pemberontak di timur Ukraine mengorbankan 298 nyawa.
Categories:

2 ulasan:

  1. Tu pasal Tun Dr Mahathir lama berjuang mengatakan War Is Crime, setiap peperangan akan mendatangkan musibah kepada golongan yg tidak bersalah sama sekali, Hingga Pesawat MH17 yg tak de apa-apa kaitan pun menjadi mangsa peperangan bodoh yang dilangsunkan oleh manusia2 rakus yang tidak berhati perut.
    MOga Israel dan setiap musuh2 Islam akan dapat dihancurkan hingga tidak dapat mengancam umat Islam dan manusia sejagat lagi. Insya Allah.

    BalasPadam
  2. Ini kerja bangsa yahudi dan barat, sengaja mencipta peperangan yg hanya mengorban org yg tak bersalah.pemimpin2 mereka sgt rakus dan kejam.Hentikan peperangan agar dunia ini aman.Takziah buat kelurga mangsa dan bersabar dgn ujian ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping