Jumaat, Julai 18, 2014


Ketika ini, salah satu teori yang sedang diperkatakan ialah pesawat MAS MH17 ditembak oleh tentera Ukraine yang tersilap faham dengan warna kapal MAS.

Ini kerana, bendera musuh mereka, Rusia mempunyai jalur warna yang hampir sama dengan pesawat MAS. Seperti yang diketahui, bendera Rusia terdiri daripada jalur putih, biru dan merah.

Jika diperhatikan, kebanyakan pesawat milik Malaysia Airline System juga turut mempunyai jalur yang hampir sama dengen bendera Negara tersebut.

Namun, teori ini sukar untuk dibuktikan. Lagipun nama Malaysia jelas tertera di pesawat itu. Kalau ditembak atas dasar warna semata-mata, mungkin tukang tembak itu jenis buta huruf dan tak sekolah.

Setakat ini tidak diketahui pihak mana yang melakukan tembakan namun banyak jari bertumpu kepada pihak tentera Ukraine yang dikatakan menggunakan sistem peluru berpandu BUK bagi tujuan itu.

Kebetulan, baru sehari lalu Kiev memasang sistem itu di Timur Ukraine. MH17 membawa 295 penumpang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Turut dimaklumkan sebelum ini, pihak White House memberi amaran kepada semua pesawat awam agar menjauhi kawasan kejadian kerana berada dalam kawasan bergolak.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan nahas itu merupakan tindakan pengganas serta meminta siasatan antarabangsa dijalankan terhadap insiden berkenaan.

Kerajaan negeri Donetsk pula memberitahu, kawasan tersebut telah diambil alih oleh puak pemisah pro-Rusia dan pertempuran udara antara mereka dan kerajaan telah berlaku sejak beberapa hari lalu.

Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko berkata, pesawat awam itu ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara ketika ia berada di ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

Jelasnya, sistem peluru berpandu tersebut berupaya menembak jatuh pesawat di ketinggian 22,000 hingga 72,000 kaki.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping